Rakyat dalam negara ini khususnya golongan B40 belum boleh menarik nafas lega setelah dilaporkan akan berlakunya lonjakan 20 peratus kenaikan harga rumah ekoran peningkatan harga bahan binaan.
Malahan, golongan B40 tidak akan merasai untuk membeli rumah sekiranya kenaikan melambung tinggi dan ditambah pula dengan pendapatan mereka yang kini jauh ketinggalan serta mengecil sehinggakan tidak mampu membeli rumah di negara sendiri.
Pengerusi Jawatatankuasa Perdagangan Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, tidak dapat dinafikan pemaju akan mengaitkan kos bahan pembinaan rumah untuk menaikkan dan mempengaruhi harga jualan rumah.
“Persoalan yang timbul ialah sampai bilakah rakyat khususnya golongan B40 serta anak muda mampu memiliki rumah pertama sekiranya isu kenaikan harga rumah tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan sedia ada.
” Lebih menyedihkan lagi apabila rakyat seolah-olah terpaksa merempat di negara sendiri tanpa mempunyai rumah pertama setelah gaji yang rendah serta tiadanya kesungguhan kerajaan sedia ada bagi menangani kenaikan harga rumah walaupun telah beberapa kali kerajaan bertukar ganti, ” ujarnya.
Tambah beliau lagi, kerajaan digesa supaya segera campur tangan bagi menangani kenaikan harga rumah dan menyelesaikan isu tersebut dengan kadar segera demi kesejahteraan rakyat.
Baca juga: Abang Adibah Noor baru tahu derita adik beberapa bulan lalu sebab arwah tahu pun dah lambat
Baca juga: Anak masuk wad hanya sebab jari terlilit rambut ibu yang gugur