Di sebalik tanda tanya mengenai nasib lebih 20 ekor kucing milik Allahyarham Adibah Noor yang kini tiada penjaga, tampil beberapa pihak yang mahu menghulurkan bantuan untuk menjaga kesemua kucing-kucing tersebut.
Bagaimanapun, pembantu peribadi Allahyarham tampil menjelaskan bahawa kebajikan kucing-kucing berkenaan akan dijaga oleh pihaknya dan keluarga penyanyi itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh pembantunya yang dikenali sebagai Todd menerusi satu ciapan yang dimuat naik di Twitter Adibah.
Dia turut dikongsikan pesanan kepada pengikutnya agar tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu.
“Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing-kucing arwah Adibah Noor terpelihara dengan baik di bawah jagaan PA Adibah Noor & keluarga arwah.
“Mohon jangan terpedaya dengan berita berita palsu mengenai kebajikan anak-anak kucing tersebut,” ciapnya.
Ciapan itu mendapat reaksi positif dari netizen dan menyatakan rasa lega kerana mereka amat bimbang soal kebajikan anak-anak kucing yang ditinggalkan.
Untuk rekod, arwah antara individu yang sangat aktif membantu dan menyelamatkan kucing jalanan.
Difahamkan, arwah mempunyai 24 ekor kucing setakat ini seperti yang dimaklumkan pembantu peribadinya.
Baca juga: Pendapatan dua pertiga gaji di Singapura, ini empat cabaran serentak perlu Johor hadapi
Baca juga: Baru 5 hari dibaiki, remaja selamba rosakkan eskalator di stesen LRT Sri Rampai