Ada banyak usaha kebelakangan ini menyampaikan ‘pesan mudah’ bahawa pendidikan itu makin tak penting.
Gagal SPM pun kita dengan bangga cerita satu Malaya bahawa SPM dah tak penting. Kita bodoh dan gagal, kita nak semua orang gagal macam kita.
“SPM tak penting bang, gagal pun tak pe”
Ada ijazah duduk dapur, itulah simbol wanita yang tinggi dan mulia. Belajar tinggi tinggi masih merendah diri masuk ke dapur untuk keluarga.
Apakah dapur kini menjadi tempat yang hina dalam strata ruang keluarga. Masuk dapur dianggap hina?
“Apakah wanita ada PhD nanti akan rasa terhina masuk dapur nantinya”
Pendidikan telah mengubah nasib banyak keluarga di dunia. Ramai orang yang kaya dan berjaya mendapat pendidikan yang baik asal.
87 peratus orang kaya yang tersenarai di Forbes mendapat pendidikan hingga ijazah pertama.
Pendidikan tidak menjadikan kita kaya, tetapi mengubah cara kita berfikir dan melihat kemiskinan.
Kawan kawan,
Berhenti normalisasi benda yang kita gagal, kita nak semua orang gagal.
“Aku dulu kahwin muda senang jer, bahagia jer sampai sekarang” .
Itu sebab kita dapat lelaki baik , bagaimana jika dapat lelaki kulit buaya?
Jangan main pukul semuanya sama.
Menuntut ilmu sangat digalakkan dalam hidup beragama.
Hina sangatkan wanita yang tiada suami, sehinggakan tak ada pendidikan lebih baik janji ada laki?
Bila orang marah mentaliti ‘beeforti’ bermentaliti rendah. Kita mudah terhina dan terluka, hakikatnya kita suka hina diri kita sendiri.
Dapur kalau dah macam dapur IKEA, memang selalu kita berkampung di dapur kak woi!
Dr Azizul Azli Ahmad merupakan penulis buku kewangan