Di dalam siri animasi SpongeBob SquarePants terdapat satu watak yang sentiasa marah-marah dan ‘badmood’ iaitu Squidward. Namun watak ini dikatakan sangat realistik dengan kehidupan kita pada hari ini.
SpongeBob SquarePants yang mula ditayangkan sejak 1999 itu turut mempunyai jutaan peminat dari golongan dewasa.
Selain dari SpongeBob, watak-watak lain seperti Squidward Tentacles, Patrick Star, Sandy Cheeks, Mr. Krabs, Plankton, Sandy, Pearl, Gary dan Mrs. Puff juga selama ini telah menghiburkan penonton di segenap pelosok dunia.
Dalam banyak-banyak watak tersebut, watak seekor sotong bernama Squidward Tentacles dikatakan memang sangat relevan dan berkait rapat dengan kehidupan bermasyarakat pada hari ini.
Sejauh mana dikatakan realistik, wanita ini yang dikenali sebagai Salmah Melor ada menghuraikan personaliti Squidward ini. Ikuti kupasan menarik beliau.
Masa kecik dulu, aku tak faham kenapa watak Squidward ni sentiasa marah-marah. Badmood, sedih dan tak suka berhibur. Kenapa tak join je Spongebob dengan Patrick bersuka ria?
Bila dah besar ni barulah tahu, sebenarnya dapat jiran yang menjengkelkan, jiran yang suka bising dan tak jaga privasi orang adalah sangat menyakitkan hati. Hakikatnya kitaran kita pun macam tulah.
SpongeBob dengan Patrick bukan menghiburkan tapi kerosakan.
Selain dekat rumah, Squidward bekerja dalam keadaan toxic.
Cuba korang tanya mana-mana customer services worker, mesti dorang faham keadaan Squidward. Mengadap customer yang banyak peel, biadap atau pentingkan diri. Dah lah mental torture dengan keadaan kerja, dapat pula boss haji bakhil. Setiap jam kerja dorang dibayar hanya sekitar 7sen sahaja.
Mr Krabs ni sejenis boss yang rasa customer is always right sampaikan rintihan pekerja pun dia tak peduli. Yang penting keuntungan.
Gaji sikit.
Boss tak memahami.
Sebenarnya kehidupan watak-watak dalam kartun Spongebob Squarepants ni sangat related dengan kehidupan kita.
Boss pentingkan diri.
Jiran takde common sense.
Gaji kecil dan dipaksa kerja lebih masa.
Dipaksa melakukan kerja luar dari skop.
Mental healthy yang tak sihat.
Mentaliti merendahkan orang lain (merujuk kepada Squilliam Fancyson.)
Perasaan sedih, marah dan badmood macam Squidward ni dikira sebagai “Major Depressive Disorder (MDD)”.
Perubahan mood.
Letih dan kurang tenaga.
Tekanan hidup: Sejarah hidup yang negatif atau tekanan yang berterusan disebabkan persekitaran.
Kita tahukan yang Squidward ni jenis narcissistic, corakan seni dibuat semua merujuk pada diri sendiri. Sikap narcissistic Squidward ni makan diri yang buat dia takboleh keluar dari zon sekarang. Tapi ini je cara dia nak adore diri sendiri. Macam kita sayang diri sendiri. Nampak macam dia selfish tapi hakikatnya dia malas nak tambah masalah dalam hidup.
Kenapa Spongebob tak macam Squidward sedangkan dia pun jadi kuli Mr Krab je?
Kalau pandangan aku, orang macam Spongebob ni jenis kaki ampu. Yang buat apa sahaja untuk boss asalkan boleh jadi staff disayangi. Padahal gaji dia macam tu je. Dan dia pula kategori jiran yang takde common sense. Orang yang takde common sense ni dia cuma fikirkan diri sendiri.
Asal aku bahagia, aku kisah apa dengan orang lain.
Korang tanyalah diri sendiri, kuat tak untuk menjadi seorang Squiward Tentacles yang berdepan dengan jiran kiri kanan dia tu?
Yang suka rosakkan property korang.
Mengganggu privasi korang ketika bersantai.
Pengotor dan suka ambil hak orang.
Melepaskan haiwan peliharaan tanpa dipantau.
Bising, suka menukang tak kira waktu.
Renovate sana sini tak henti-henti.
Seriously, ni apa yang Spongebob dan Patrick selalu buat.
Tak ada satu pun dari kita suka dengan situasi macamni, sebab tu Squiward boleh menjadi toxic. Kita takboleh paksa watak seperti dia untuk masuk culture tak sihat.
Sudahlah Squidward dipandang rendah sepupu sendiri, dihina sebab kerja di industri kelas ke 3. Ibarat macam kita dibezakan dengan sepupu sepapat masa berkumpul ramai-ramai. Siapa yang suka?
Untuk orang yang berumur 44 tahun, Squidward mungkin hilang keyakinan diri untuk capai cita-cita. Jadi dia hadap saja apa yang ada depan mata tapi dalam umur macamni jugalah kita akan fikir kita penat nak terus bekerja, mengadap hal remeh-temeh dan memerlukan lebih masa nak bertenang sebab tu Squidward buat rumah dia macam syurga diri sendiri. Tapi situasi Squidward tak menyebelahi diri dia.
Pergi kerja, boss toxic. Rakan kerja tak menggembirakan.
Layan customer buruk peel. Kadang dipaksa kerja lebih masa sebab boss nak keuntungan. Tapi gaji tetap ditahap itu.
Balik rumah pula, kena mengadap jiran yang menyakitkan hati.
Masa cuti, jiran pula suka ganggu dan suka buat bising.
Kenapa Squidward tak pindah je? Kalau dalam hidup kita, Squiward ni level-level B40 je. Gaji kecil, nak cari kerja lain susah sebab pengalaman tak banyak. Dari muda dia cuma kerja di Krusty Krab je, nak pindah takde duit pula tu. Jadi nak taknak, dia kena redha. Hadap je hidup dengan orang-orang mentaliti kelas ke 3.
Orang macam Squidward ni bukan dia takboleh berhibur tapi kena berhibur sesuai diri dia. Macam orang introvert. Bukan takboleh bersosial tapi kena tengok keadaan tempat dan orang-orang sekeliling. SpongeBob dengan Patrick tu suka buat benda sia-sia kot. Tak sesuai untuk orang seusia Squiward yang ada cita-cita yang tinggi walaupun tak tercapai. Dia dah terlalu tua untuk berhibur cara macam dorang.
So relevan kan untuk seorang Squidward menjalani harian dalam keadaan badmood dan marah-marah?
Kau bayangkan diri kau dah berada di tempat kerja yang toxic, balik kerja hadap jalan jammed berejam, balik rumah pula orang dalam rumah toxic dan esoknya korang akan pergi kerja dengan keadaan badmood sebab mental sendiri tak rehat. Nak pergi bercuti tenangkan diri, tapi sedar diri duit habis untuk Kelangsungan hidup.
Akhirnya kita semua akan menjadi Squiward dalam realiti kehidupan.
Baca juga: Mayat lelaki ditemui dalam bilik kolej kediaman, tiada unsur pecah masuk
Baca juga: 4 langkah wajar dilakukan kerajaan untuk selamatkan syarikat kurier anak Malaysia