Ini bukan poster ceramah, ini senarai ‘wanted’ gara-gara bantah kenaikan harga barang

Oleh NASUHA RAHMAN

Ini bukan poster ceramah ini adalah senarai pimpinan Pakatan Harapan yang akan dipanggil pihak polis kerana satu himpunan membantah kenaikan harga barang pada 1 Julai lalu.

Seramai 10 pimpinan Pakatan Harapan akan dipanggil pihak polis ntuk diambil keterangan berkaitan Himpunan Barang Naik yang diadakan di Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur pada Jumaat baru-baru ini.

Salah seorang yang dipanggil Ketua Awan Nasional Aiman Athirah Sabu berkata, kesemua yang dikehendaki hadir nanti akan memberi kerjasama yang baik.

“Ni bukan poster ceramah tuan puan, tapi senarai WANTED gara2 Himpunan Rakyat Bantah Kenaikan Harga Barang pada 1 Julai 2022, Jumaat baru2 ni. Polis panggil bg keterangan. Semua akan bg kerjasama in shaa Allah,” kata beliau.

Mereka dikehendaki hadir ke IPD Dang Wangi pada jam 10 pagi Isnin ini (4 Julai).

Ini bukan poster ceramah, ini senarai 'wanted' gara-gara bantah kenaikan harga barang
Kembalikan subsidi barang makanan

Sehubungan dengan itu, Pengarah Biro Mobilisasi Parti Amanah Negara Sany Hamzan mengajak ahli dan penyokong Pakatan Harapan bersama-sama untuk bersolidariti di hadapan IPD Dang Wangi Isnin ini.

Pegua Biro Hal Ehwal Undang-Undang (KANUN) Parti AMANAH Negara Fadhli Umar Aminolhuda telah mengesahkan 10 pemimpin Pakatan Harapan akan dipanggil pihak polis.

Katanya, siasatan dikendalikan oleh IPD Dang Wangi dan difahamkan siasatan di buat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Peguam-peguam KANUN akan mengiringi Pimpinan yang akan hadir ke IPD Dang Wangi pada hari Isnin jam 10 pagi untuk memberikan keterangan,” kata beliau.

Berikutan keputusan kerajaan menarik balik subsidi dan juga kenaikan harga ayam sudah tentu membebankan rakyat negara ini, ekoran itu para pimpinan Pakatan Harapan telah mengadakan himpunan membantah keputusan kerajaan.

Mereka mendesak kerajaan untuk kembalikan semula subsidi bahan makanan dan kekalkan subsidi yang ada selain mendesak adakan sidang Parlimen khas untuk membincangkan isu harga dan bekalan makanan untuk mencari. penyelesaian.

Mereka berhimpun sebaik sahaja selesai Solat Jumaat bagi membantah kenaikan harga barang yang kini menjadi masalah utama negara.

Baca juga: Pelancaran PN Kelantan serentak dengan mesyuarat PIBG tawar pula hadiah kereta Axia, takut tak ada orang ke!

Baca juga: Wanita nekad tulis surat sepanjang 434 meter, terlupa ucap Hari saudara dekat adik sampai kena ‘block’