Waktu bekerja selama empat hari seminggu merupakan idea yang baik dan harus dipertimbangkan, menurut Institut Kajian dan Pembangunan Polisi (IRDP).
Senior Advokasi IRDP, Ammar Atan berkata, adalah penting supaya work-life balance dapat ditambah baik agar kesihatan mental pekerja dapat dijaga dan lebih banyak masa dapat diluang dengan keluarga.
Beliau bersetuju kebanyakan syarikat di Malaysia mengamalkan tempoh bekerja lima hari seminggu dengan waktu bekerja lapan jam sehari.
Namun realitinya Ammar berkata, waktu bekerja tersebut hanyalah di atas kertas kerana ramai rakyat Malaysia terutamanya yang bekerja di pejabat, terpaksa bekerja melebihi 8 jam dan juga di hari minggu tanpa dibayar over time (OT).
“Sebab itu, saya menerima baik inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji perkara ini.
“Sudah pasti, idea ini akan ada “pushback” daripada pihak majikan dan mungkin juga, daripada sesetengah pekerja.
“Saya percaya idea 4 hari bekerja juga akan akhirnya diterima, namun bukan dalam masa terdekat, terutamanya di negara-negara Asia. Ia akan mengambil masa,” katanya dalam satu Ruang Bicara di Bernama yang membincangkan topik Kerja 4 Hari Seminggu: Mampukah Malaysia.
Di bawah ini, kami kongsikan bual bicara penuh Ammar Atan yang juga Pemuda AMANAH Nasional.
Q: Secara puratanya kebanyakan syarikat di Malaysia termasuk sektor kerajaan mengamalkan waktu bekerja lima hari seminggu, lapan jam sehari. Adakah ini sedang elok, mencukupi atau bagaimana?
Saya setuju kebanyakan syarikat di Malaysia mengamalkan 5 hari/8 jam waktu bekerja, dan ini selaras dengan standard antarabangsa.
Tetapi, realitinya adalah, ini hanya di atas kertas. Ramai rakyat Malaysia, terutamanya yang bekerja pejabat, terpaksa kerja melebihi 8 jam dan juga di hari minggu tanpa OT.
Ini menjadi lebih teruk ketika Bekerja dari Rumah (WFH).
Saya percaya kita harus memastikan syarikat-syarikat menghormati ruang pekerja untuk beriadah dan berehat, sebelum kita bercerita tentang kerja 4 hari seminggu.
Boleh meminta pekerja bekerja luar waktu, tapi dengan persetujuan dan bayaran yang sesuai.
Q: Apakah reaksi tuan berhubung cadangan pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu? Boleh kongsikan juga jika ada sebarang kajian yang dibuat oleh IRDP mengenai perkara ini?
Saya kira idea 4 hari bekerja adalah idea yang baik dan harus dipertimbangkan. Adalah penting untuk kita menambah baik work-life balance, supaya kesihatan mental rakyat dapat dijaga dan lebih banyak masa dapat diluang dengan keluarga.
Sebab itu, saya menerima baik inisiatif JPA menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji perkara ini.
Sudah pasti, idea ini akan ada “pushback” daripada pihak majikan dan mungkin juga, daripada sesetengah pekerja.
Dahulu, pada awal abad ke-19, ketika sosialis Robert Owen mencadangkan idea “8 jam bekerja, 8 jam rekreasi, 8 jam rehat”, pushback yang sama turut wujud.
Namun, akhirnya, setelah banyak protes dan diskusi, masyarakat sudah dapat menerima idea tersebut dan akhirnya, menjadi standard antarabangsa.
Saya percaya idea 4 hari bekerja juga akan akhirnya diterima, namun bukan dalam masa terdekat, terutamanya di negara-negara Asia. Ia akan mengambil masa.
Menuju masa hadapan di mana automasi dan kecerdasan buatan memudahkan aktiviti ekonomi, saya percaya idea 3 hari bekerja akan menjadi topik baharu nanti.
Q: Jika dikatakan ini adalah satu idea yang bijaksana, apa kebaikan yang boleh diteliti supaya bekerja empat hari seminggu dapat direalisasikan?
Pertama sekali, rakyat dapat menikmati work-life balance yang lebih baik. Sekarang ini, kita banyak mendengar isu burn out, sehingga ramai yang membunuh diri dan mengalami strok.
Jadi, menerusi idea 4 hari bekerja, Kesihatan mental rakyat dapat
dijaga dan lebih banyak masa dapat diluang dengan keluarga.
Ia juga memberi lebih banyak masa kepada rakyat bekerja untuk kegiatan sukan, hobi, atau side-business mereka.
Syarikat-syarikat yang menerima idea 4 hari ini akan kelihatan lebih menarik di mata pekerja. Jadi, lebih mudah untuk syarikat ini mendapatkan dan mengekalkan pekerja berproduktiviti tinggi.
Q: Persoalan mengenai waktu bekerja singkat dan kesannya terhadap produktivi pekerja bukanlah sesuatu yang baharu dan teori kualiti melawan kuantiti menjadi isu yang diperdebatkan. Sejauh mana tempoh bekerja menjadi penentu utama kepada kadar produktiviti atau `output’ pekerja?
Saya percaya dengan adanya perkembangan teknologi, tempoh bekerja tidak lagi menjadi penentu utama produktiviti.
Hari ini, produktiviti rakyat lebih tinggi berbanding 50 tahun dahulu. Dengan adanya Internet dan pelbagai perisian yang memudahkan tugas, pekerja hari ini boleh menyiapkan kerja yang sebelum ini memerlukan 2-3 pekerja, contohnya.
Jadi, majikan tidak boleh terus “argue” bahawa tempoh bekerja menentukan produktiviti.
Pengaplikasian teknologi baharu dapat mengoptimumkan produktiviti. Soalnya, adakah majikan bersedia melabur dalam memantapkan penggunaan teknologi dalam operasi mereka?
Pada masa yang sama, rakyat yang ingin 4 hari bekerja kena bersedia optimumkan waktu bekerja. Maksudnya, 8 jam bekerja harus bekerja 8 jam. No more Facebook, long tea time, borak-borak. It takes two to tango…in this case, majikan dan pekerja.
Q: Menurut tuan / IRDP juga sejauhmana tempoh jam dan bilangan hari bekerja memberi kesan kepada keseimbangan pekerjaan dan kehidupan?
Sangat memberi kesan. Bila kurang tempoh bekerja, masa untuk berehat meningkat. Jadi, tidak perlulah rakyat “mencuri” waktu tidur 8 jam mereka untuk kerja-kerja yang lain.
Yang dipersoalkan juga adalah kemampuan industri kecil dan sederhana untuk menanggung kenaikan kos sekiranya pelaksanaan tempoh bekerja 4 hari seminggu.
Q: Dalam keadaan sekarang, mungkin akan lebih mendatangkan masalah. Menurut tuan?
Ya kita tidak bersedia sekarang. Masih terlalu awal dilaksanakan, termasuk di negara-negara luar. We do not have much data point.
Experiment 4 hari bekerja harus dijalankan secara sukarela dahulu, supaya kita dapat lihat keberkesanan.
Saya jangka, kita akan mengambil beberapa tahun untuk jalankan idea 4 hari ini, walaupun ia mempunyai outcome yang baik. Sebab kita kena yakinkan industri dahulu, perbaiki Akta Pekerja dan sebagainya.
Q: Semalam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata pihaknya akan menubuhkan satu pasukan khas yang akan mengkaji pelaksanaan ini. Apakah aspek yang perlu diperhalusi sebagai asas yang kukuh kepada sebarang keputusan yang akan dibuat kelak?
Adakah produktiviti menurun? Adakah pendapatan syarikat menurun akibat 4 hari bekerja? Adakah wujud masalah syarikat-syarikat di Msia berkomunikasi dengan vendor/client mereka di luar negara kerana perbezaan hari bekerja?
Adakah betul kesihatan pekerja akan bertambah baik, jika 4 hari ini dilaksanakan? Kita boleh belajar daripada pengalaman negara-negara lain yang dah buat trial run.