Daging korban jangan dibasuh sebelum disimpan, kalau tak…

Oleh NASUHA RAHMAN

Hari ini ibadah korban masih diteruskan mungkin ada dalam kalangan kita mendapat daging korban yang banyak dan tidak mampu dihabiskan dalam satu masa. Bagaimanapun untuk kekal segar daging korban jangan dibasuh dahulu sebelum disimpan jika tidak ia boleh dijangkiti kuman.

Seorang Chef telah memberitahu cara-cara yang betul untuk kita menyimpan daging korban agar ia kekal segar setelah disimpan lama. Ini caranya;

Jangan cuci daging korban sebelum disimpan

Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.

Jangan terus simpan daging di dalam ruang sejuk beku/ freezer

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

Jangan simpan daging dalam kuantiti yang banyak di dalam freezer

Potong daging kecil-kecil barulah disimpan

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

Jangan cairkan daging beku dengan air panas

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).

Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

Tips tambahan

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal….!!!

Semoga memberi manfaat
.