Harga minyak masak botol wajar diturunkan segera selaras kejatuhan harga sawit BTS

Oleh NASUHA RAHMAN

Harga minyak masak berbotol wajar diturunkan segera selaras dengan harga sawit Buah Tandan Segar (BTS) yang telah turun secara mendadak hingga paras harga RM700/tan daripada purata harga RM1600/tan pada Mei dan Jun yang lalu.

Pada masa yang sama harga CPO juga menyusut kepada RM4000/tan, jauh daripada harga purata RM6100/tan pada Jun yang lalu.

Menurut Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak Khairol Najib Hashim penurunan harga BTS dan CPO ni seharusnya diikuti dengan penurunan harga minyak masak botol yang kini dijual dengan harga pasaran.

Harga minyak masak botol wajar diturunkan segera selaras kejatuhan harga sawit BTS
BTS turun mendadak kepada RM700/tan

“Jangan hanya naik harga sederap tapi turunnya berperingkat-peringkat seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Annuar Musa (Pengerusi Pasukan Khas Tangani Inflasi) bahawa harga minyak masak botol akan diturunkan berperingkat-peringkat mengikut harga pasaran.

Disamping itu juga dengan pelbagai tekanan luar yang menyebabkan harga BTS turun secara mendadak, maka Pemuda AMANAH Negeri Perak mencadangkan agar kerajaan khususnya Kementerian Perusahaan dan Perladangan Komoditi (KPPK) dapat memperkenalkan harga lantai untuk BTS bagi memastikan pekebun – pekebun kecil tidak kerugian dalam menjual buah sawit mereka.

“Dengan segala input pertanian dan kos tenaga buruh yang kian meningkat, maka sewajarnya harga lantai BTS diperkenalkan bagi mewujudkan keadaan yang lebih saksama kepada para pekebun kecil,”katanya.

Terdahulu, Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata pihak industri minyak masak sawit secara prinsip bersetuju membuat ‘adjustment’ bagi menurunkan harga minyak masak secara berperingkat berasaskan harga pasaran minyak sawit semasa.

Baca juga: Malaysia tidak akan bankrap, paras hutang masih terkawal – Menteri Kewangan
.