Petani kecewa layanan tak mesra, penjawat awam diberi arahan senyum pada pelanggan atau dipecat

Oleh KIM SYAZIE

Filipina menetapkan penjawat awam di negara itu memberikan senyuman kepada para pelanggan jika tidak mahu didenda.

Langkah itu sebagai tindak balas terhadap aduan penduduk tempatan yang kebanyakan bekerja sebagai petani dan nelayan, mengadu tentang layanan tidak mesra kakitangan majlis perbandaran setiap kali mereka pergi membayar cukai atau mendapatkan bantuan.

Sesetengah mereka difahaman akan berjalan kaki selama satu jam dari kampung terpencil bagi tujuan tersebut.

“Apabila mereka tiba, mereka kecewa dengan sikap kakitangan yang berurusan dengan mereka,” kata datuk bandar di negara itu, Aristotle Aguirre

Aguirre berkata, langkah tersebut sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan tempatan.

Aguirre memperkenalkan ‘polisi senyum’ pada bulan ini selepas mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Mulanay di wilayah Quezon.

“Polisi ini mesti diguna pakai ketika berkhidmat kepada rakyat untuk memberi keikhlasan dengan menunjukkan perasaan tenang dan suasana mesra,” demikian menurut arahan eksekutif itu.

Kakitangan yang tidak mematuhi arahan itu boleh didenda bersamaan gaji enam bulan atau digantung kerja. –

Baca juga: Perdana menteri diberi RM100, dijemput turun berbelanja sendiri dengan rakyat

Baca juga: Bukan terlalu cerewet pilih kerja, ini sebab anak muda Malaysia merantau kerja di Singapura

Baca juga: Saya bukan jenis ‘manis dibibir’ tetapi menikam di belakang – Rafizi tegas tidak akan jadi seperti Azmin Ali