Tular di media sosial gambar menunjukkan sebuah ruang yang didakwa bilik sewa sehingga mendapat sindiran netizen sebagai lengkap dengan pakej ‘praktikal’ alam barzakh.
Saiz bilik di Kuala Lumpur yang dilihat terlalu kecil seperti liang lahad itu dikatakan disewa sebulan dengan kadar tidak munasabah RM300.
Ada reaksi daripada warganet yang memberitahu laporan boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana ubahsuai rumah itu kemungkinan besar tidak mendapat kebenaran.
Hal ini memandangkan semua ubahsuai perlu mendapat kebenaran pihak PBT terlebih dahulu. Sebaliknya, pembinaan yang tidak mengikut pelan diluluskan adalah bercanggah dengan seksyen 70 (Akta 133).
“Lapor kepada PBT. Tak dibenarkan buat bilik kecil macam ni. Kalau terbakar waktu malam, terus bangkit di alam barzakh,” kata Azari Mat Yasir.
Sementara itu, Ahmad Fathil Zakaria pula menulis, “Jenis bilik macam ni hari-hari mimpi hantu zombie. Padahal, diri sendiri yang berdengkur.”
Dalam masa sama, terdapat juga netizen yang berkongsikan pengalaman menyewa bilik dengan ruang tidak munasabah seperti itu di Lembah Klang
“Pada tahun 2014 dulu, saya ada menyewa bilik seperti itu dengan harga RM450. Buka pintu terus jumpa katil. Lokasi di Kelana Jaya, bangunan Kelana Putri,” cerita Darrel Cheong.
Mengikut Seksyen 70 (1) , Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT, tidak boleh mendirikan sesuatu bangunan atau tambahan/ubahsuai.
Baca juga ‘Agak-agaklah sewa flat sampai RM1,400’
Baca juga Selepas bercinta empat tahun, majlis kahwin jadi mimpi ngeri