Orang ramai mendoakan kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin diberi kekuatan.
Media sosial hari ini dibanjiri ucapan buat Ainul yang dilaporkan berada dalam keadaan agak tenat dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
“Kami sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan dan mengharapkan agar anakanda Ainul diberikan kekuatan fizikal mengharungi ujian kesihatannya.
“Moga dimudahkan semua proses rawatan dan anakanda Ainul diberikan kesembuhan hendaknya. Aamiin ya Mujib,” kata Ummi Yahaya.
Menerusi hantaran di Instagram hari ini, ibu Ainul berkata, anaknya mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.
Nurul Erwani Zaidi juga memberitahu Ainul mula dengan muntah dan cirit-birit dalam masa sehari.
“Hari kedua, mama tengok Ainul sudah tidak bermaya sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ini dan terus bawa ke Jabatan Kecemasan,” tulisnya dalam hantaran itu.
Menurutnya lagi, doktor memaklumkan jangkitan sudah merebak ke seluruh tubuh Ainul.
“Satu badan dipenuhi dengan wayar,” tambahnya lagi yang meraih perhatian dan simpati warganet.
Baca juga Bilik sewa pakej ‘praktikal’ alam barzakh, rupanya boleh lapor pada PBT