Baru sahaja bergelar hajjah bahkan belum tiba di tanah air sekumpulan jamaah wanita bergaya sakan, menanggalkan jubah serta bersolek di dalam pesawat.
Merek kelihatan teruja dengan penampilan dan tidak sabar-sabar untuk bergaya sakan setelah hampir 30 hari berada di tanah suci mengerjakan haji.
Gelagat jemaah wanita menjadi tular berkenaan adat serta budaya jemaah haji dari negara jiran.
Daripada satu video memaparkan sekumpulan jemaah haji wanita atau hajjah, baru saja selesai dan kini dalam kapal terbang untuk pulang.

Ketika dalam perjalanan untuk pulang dapat dilihat hajjah ini semuanya dah pun tanggalkan jubah masing-masing.
Mereka dilihat telah bersolek dan bergaya sakan di dalam kapal terbang itu. Ada yang memakai tudung tetapi menampakkan leher.
Caption yang ditulis ialah: “Jemaah haji dari Bugis Makassar, memang tak boleh nak lawan best. Cantiknya mereka ini.”
Video yang memaparkan kumpulan jemaah haji dari berketurunan Bugis dari Makassar, Indonesia, dan video itu kini sudah ditonton lebih 2 juta tontonan.
Khabarnya video itu dimuatnaik oleh salah seorang petugas yang juga cabin crew untuk kapal terbang berkenaan.
Suasana dalam kapal terbang itu memang amat meriah sekali dengan pemakaian para wanita yang sudah berumur itu sekaan mahu ke majlis kahwin atau event.
Nampaknya video ini menerima reaksi yang pelbagai dari netizen. Ada yang berkata, tak semua dapat kesedaran untuk kejar akhirat dan sukar nak tinggalkan duniawi ini.
Ada juga yang bertanya dan berseloroh sama ada mereka baru balik haji atau mahu ke majlis keraian.
“Memang faham. Tak semua manusia ni boleh tinggalkan duniawi untuk mengejar akhirat.”
“Ni nak pergi haji atau nak pergi ke majlis kenduri kahwin ni. Meriah betul ni.”
Selain itu, ada juga berkata ini memang umpama adat serta tradisi turun temurun dan sukar nak ubah.
“Ini adalah satu budaya, adat dan tradisi, sukar nak dihapus. Nenek saya pyn dulu macam ni.”
“Saya orang Bugis juga tapi syukur family saya tak macam ni naik haji, pulangnya juga biasa je. Macam orang biasa.”
“Dulu pun ada rombongan macam ni, ada budaya dari selatan Sulawesi bugis, macam ni, nenek pun macam ni,” lapor news-tel.com
Umum mengetahui mengerjakan ibadah haji di tanah suci merupakan salah satu dari rukun yang menjadi idaman semua muslimin muslimah di seluruh dunia.
Kini musim mengerjakan haji telahpun tamat, dan jemaah pun sudah pulang ke halaman masing-masing.
Baca juga: Warga emas bongkar cerita kenapa dia tidak mandi sejak 22 tahun yang lalu…
Baca juga: Lelaki kudung kaki kiri gigih cari rezeki, berhasrat beli mesin pembancuh tepung