Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disarankan supaya tidak memfitnah Pakatan Harapan (PH) dengan dakwaan PH cuba merungkai Perlembagaan Negara Tentang Agama Islam dan Hak Keistimewaan Melayu.
Jawatankuasa Mahasiswa AMANAH Nasional, Ahmad Hadi Waqiuddin berkata, video rakaman ucapan Abdul Hadi yang mendakwa sewaktu pemerintahan PH selama 22 bulan cuba untuk merungkai Perlembagaan Negara Malaysia seperti mencabar kedudukan Islam dan hak keistimewaan orang Melayu.
Kata Ahmad Hadi, kenyataan sedemikian adalah fitnah semata-mata terhadap PH dan seharusnya Abdul Hadi menyedari bahawa dosa memfitnah adalah lenih besar dari membunuh.
“Sepatutnya beliau menyatakan yang fakta hasil dari bukti yang ada supaya bukan hanya setakat sembang kosong tanpa fakta. Seharusnya diketahui bahawa bagi meluluskan sebarang pindaan Rang Undang-Undang dan perkara yang melibatkan perlembagaan ini, ia harus mendapat persetujuan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat barulah ianya diluluskan.
“Beliau seharusnya menyedari bahawa kemenangan PH dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu, bukanlah kemenangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat pun, jadi bagaimana PH didakwa boleh mengubah Perlembagaan Negara.
“Tindakan yang terbaik bagi Hadi ialah mengundurkan diri dari arena politik dan lebih baik beliau hanya memberi tumpuan terhadap aktiviti dakwah dan agama sahaja kerana ia dapat menyelamatkannya dari hanya bercakap yang bukan fakta atau auta dan fitnah sahaja, ” tegas beliau.
Baca juga: Tidak serik ditahan polis, warga emas tabur duit hasil mengemis kepada penyanyi dangdut
Baca juga: Guru cedera di mata kiri selepas dipukul pelajar Tingkatan Tiga