Baru nak rasa seronok dapat jadi pengapit, sekali pengantin minta RM500 seorang untuk sumbangan majlis

Oleh KIM SYAZIE

Sekarang ini dah jadi trend untuk bakal pengantin, mempunyai pengapit atau bridesmaid mereka sendiri. Lagi ramai pengapit, lagi meriah konsep perkahwinan pengantin tersebut. Bila bergambar pun nampak harmoni dengan kehadiran rakan-rakan berbaju sedondon.

Baru-baru ini, perkongsian dari seorang wanita mencuri tumpuan ramai apabila dia pada awalnya teruja mengetahui rakannya akan berkahwin. Lebih-lebih lagi setelah dia dipilih menjadi pengapit kepada rakannya.

Menerusi satu video TikTok yang dikongsikan @aqilajohan, dia bagaimanapun meluahkan rasa terkejut dan bingung apabila rakannya itu meminta dia membayar RM500 sebagai sumbangan dan tempahan baju pengapit.

Dia hanya membalas dalam bentuk tanda soal kerana benar-benar bingung dengan permintaan rakannya itu.

“I perlukan RM500 setiap seorang for contribution and baju bridesmaid on you. I cuma bagitahu warna apa. Bila dah bank in, bagi resit eh babe ok,” tulis rakannya itu.

Ramai yang meminta sambungan dari perbualan tersebut namun difahamkan, dia telah memberitahu kepada rakannya bahawa dia tidak jadi hadir pada hari berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa terkejut dan sama bingung kerana pertama kali mendengar bakal raja sehari meminta sumbangan dari rakan untuk majlis mereka sendiri.

Mereka juga menganggap jumlah yang diminta tidak munasabah selain pengapit seolah perlu menanggung perkahwinan si rakan.

“Ingatkan member kahwin minta kawan-kawan bagi perabot IKEA tu dah kira melampau tapi yang ni lagi lah ya minta derma terus,” komen pengguna TikTok.

“The reason why aku kena kaya dulu baru fikir nak kahwin. Kalau tak terpaksa lah macam ni. Suruh kawan-kawan contribute duit sekali,” komen pula pengguna lain.

Baca juga: “Saya nak ajar mereka Melayu tak boleh ditipu”-Kisah petani Melayu sering ditekan tauke kaya, masuk pasar kena kitai harga

Baca juga: Pemuda ini bongkar 7 strategi 99Speedmart yang membuatkan pasaraya besar boleh ‘terciduk’