10 tahun menunggu tindakan kerajaan untuk membaiki jalan raya yang berlubang, lelaki ini menyindir dengan melakukan aktiviti memancing di lubang jalan raya.
Lelaki di Kampung Nin Man Thet, Thailand sengaja melakukan aktiviti memancing di sebuah lubang jalan raya berlubang yang dipenuhi air
Laman berita Thaiger melaporkan Kampung tersebut dipercayai sudah menanti selama 10 tahun untuk kerajaan membaiki jalan raya yang mengalami kerosakan teruk namun, tiada perkembangan positif yang diterima.
Jalan yang dimaksudkan itu menghubungkan daerah Non Sung dan Chaloem Phrakiat serta merupakan laluan penting yang sangat sibuk.
“Lubang gergasi itu terletak betul-betul di luar sekolah dan merupakan halangan yang dihadapi oleh pelajar setiap hari dalam perjalanan pergi dan balik sekolah,” kata lelaki yang memancing itu.
Dia juga sudah beberapa kali menghubungi pihak berkuasa selama bertahun-tahun untuk bertanya bila jalan itu akan diperbaiki.
Apabila penduduk kampung meminta jalan itu dibaiki, mereka diberitahu untuk bertenang, bersabar dan tunggu.
Namun selepas 10 tahun menunggu, penduduk berpendapat bantuan tidak akan datang dalam masa terdekat.
Baca juga: Pemuda ini bongkar 7 strategi 99Speedmart yang membuatkan pasaraya besar boleh ‘terciduk’
Baca juga: Sanggup bagi isteri duit haram, penganggur ditahan selepas samun kedai