Hanya seminggu selepas mendapat aduan dan keluhan penduduk Kampung Benua, Simpang Empat, bahawa jambatan yang sering digunakan penduduk setempat rosak teruk, Adun Pengkalan Kundor, Dato’ Dr Ismail Salleh segera mengambil inisiatif bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.
“Jambatan usang ini telah digunakan lebih 20 tahun dan telah rosak serta memerlukan pembaikan dengan segera kerana ia digunakan oleh penduduk setempat yang majoritinya petani untuk ke bendang setiap hari.
” Ia digunakan oleh lebih 50 keluarga untuk ke bendang bagi membajak, menabur benih, membaja, meracun sehinggalah menuai. Keadaan papan yang telah reput, rosak dan usang membahayakan petani dan pengguna jambatan kayu tersebut.
“Sebagai Adun AMANAH yang telah diberi mandat oleh rakyat, maka keselamatan penduduk terlibat menjadi keutamaan dan gotong-royong membaiki jambatan terbabit dilaksanakan dengan segera dan ternyata ia dapat memudahkan penduduk khususnya para petani tanpa perlu menanti masa yang lebih lama, ” ujar beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Kedah ketika dihubungi.