Pelancaran kapal LCS belum siap kerajaan tipu Sultan Perak, Raja Permaisuri dan rakyat

Oleh NASUHA RAHMAN

Pendedahan daripada Laporan PAC bahawa Kapal Peronda Generasi Kedua- Littoral Combatant Ship (LCS) ketika dirasmikan Sultan Perak dan Raja Permaisuri tidak siap adaah satu penipuan yang dilakukan kerajaan.

Di mana pelancaran LCS yang turut melibatkan satu majlis Upacara penamaan dan pelancaran yang telah disempurnakan oleh DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sambil disaksikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 24 Ogos 2017 yang lalu.

Pada majlis itu ramai menyaksikan sebuah kapal LCS yang diberikan nama KD Maharaja Lela telah siap dan dilancarkan di Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) Lumut.

Hakikatnya menurut Pemuda AMANAH Perak ia adalah satu penipuan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia bahkan kepada Institusi DiRaja kerana terheret sama ditipu dan dipermain-mainkan amatlah memalukan sistem pertahanan negara selama ini.

Pelancaran kapal LCS belum siap kerajaan tipu Sultan Perak, Raja Permaisuri dan rakyat

Ketuanya, Khairol Najib Hashim mendesak Kerajaan Negeri Perak khasnya membuat satu laporan Polis kerana telah berlaku satu penipuan pelancaran kapal LCS tersebut.

“Ia melibatkan nama baik serta imej Institusi DiRaja dan Pemuda AMANAH Negeri Perak juga mengharapkan tindakan yang sama juga daripada Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga bekas Menteri Besar Perak ketika itu” katanya.

Justeru, penipuan tersebut jelas telah mencemar Institusi DiRaja Perak khasnya yang sewajarnya tidak berlaku dan apa pun penjelasan yang telah serta bakal diberikan tidak akan menidakkan majlis Upacara penamaan dan pelancaran kapal LCS tersebut yang telah berlaku dan permohonan maaf secara terbuka juga wajar didesak dengan segera oleh pihak yang bertanggungjawab dahulu dan sekarang ini.

Baca juga: Padah suap vape ke mulut bayi kononya niat bergurau, seorang lelaki ditahan polis