‘Kesan mansuh UPSR dan PT3 murid acuh tak acuh nak belajar sebab tak ada target ‘

Oleh NASUHA RAHMAN

Guru sudah merungut kesan daripada pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) murid-murid bersikap acuh tak acuh untuk berlajar kerana mereka tidak ada target.

Apabila UPSR dimansuhkan murid darjah 6 kurang memberi penekanan ungtuk mempersiapkan diri menghadapi sekolah menengsh begitu juga pelajar tingkatan 3 kurang memberi penekanan mempersipkan diri ke menengah atas.

“Persoalannya siapa yang mahu ambil kisah tentang perkara ini,” soal cikgu.

Guru ini berpandapat UPSR dan PT3 dapat merangsang murid atau pelajar dan pihak sekolah untuk bertindak secara konkrit semi persiapan diri untuk tahap seterusnya.

“Buatlah tinjauan,” katanya.

Kesan mansuh UPSR dan PT3 murid acuh tak acuh nak belajar sebab tak ada target

Seorang guru Mohd Fadhli Salleh turut bersetuju dengan pandangan guru terbabit dan percaya tidak ada peperiksaan membuatkan murid belajar tanpa satu matlamat.

“Ada benarnya pada saya.

Tak ada exam buatkan murid belajar tanpa suatu matlamat dan tak ada apa mereka nak target.

“Exam push murid untuk lebih usaha, lebih rajin, dan fokus.

Tak dak exam budak acuh tak acuh je lah belajar.

“Tiada apa nak ditargetkan. Macam larian tanpa garisan penamat, tak dak orang akan berlari bersungguh-sungguh. Nak lari, lari lah.

“Nak jalan, berjalanlah. Nak duduk, duduklah. Nak melencong, melenconglah.

Entah lah. Tak tahu nak kata apa dengan sistem pendidikan kita,” kata beliau.

Terkini, Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan pemansuhan UPSR dan PT3 dalam sistem pendidikan negara adalah bagi membolehkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan lebih berkesan.

Penilaian yang dilakukan menerusi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) akan membuka ruang kepada para guru untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif bagi memperkasakan pencapaian pelajar.

Pada 28 April lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan sepenuhnya UPSR dan digantikan dengan PBS dan PBD. Sementara pada 2 Jun lalu, KPM turut mengumumkan PT3 dimansuhkan bermula tahun ini.

Baca juga: Pelancaran kapal LCS belum siap kerajaan tipu Sultan Perak, Raja Permaisuri dan rakyat

Baca juga: “Tak apa nak, gitu jugalah bila kami mengaji” – Johan punya garang ajar anak ngaji sampai ramai rasa kesian