Ada ke yang sanggup buat ‘loan’ 3 tahun hanya untuk merasa menggunakan Iphone? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata boleh binasa. Terlajak perbuatan, apatah lagi boleh menyebabkan anda menanggung risiko lebih besar.
Seperti perkongsian seorang pemuda yang bernama Amirul Shafiq, dia memberitahu bagaimana penyewanya boleh ‘terlajak perahu’ sehingga sanggup membuat pinjaman (loan) demi mendapatkan telefon pintar jenama Apple.
Melihat surat Persetujuan Pemberi Kemudahan Kredit yang disertakan, dapat dilihat atas notis itu, nama seorang pemuda yang bersetuju membuat perjanjian loan selama 36 bulan atau 3 tahun untuk telefon pintar Iphone 13, 256GB.
Menurut Amirul, penyewanya itu baru sahaja membuat membayar ansuran selama dua bulan dan kemudian menyedari terbeban dengan faktor kewangan dan tak mampu memberi komitmen untuk meneruskan pembayaran.
“Penyewa saya..Semalam dia nak jumpa. Saya luangkan masa 5 minit. Katanya dah terlajak perahu. Nasi dah jadi bubur mungkin?
“Dia rasa terbeban dengan loan ni. Mulanya dia tunjuk surat saya fikir loan motosikal. Baca punya baca, loan telefon buah epal. Katanya macam tak berbaoi bila kira-kira balik.
“Baru 2 bulan. Masih berbaki 34 bulan. Bersamaan 2 tahun 10 bulan lagi. Entah, apa yang ada dalam fikiran dia masa mula-mula terfikir nak buat loan ni.
“Kalau dia jumpa saya dulu, confirm saya cakap tak payah. Syarikat tu bukan jual telefon. Mereka jual gaya hidup dan gaya hidup yang ada ‘status’ selalunya tak murah
“Dia tanya apa penyelesaia. Entah, saya pun tak tahu sebab saya tak pernah study loan macam ni. Mungkin ada kawan-kawan dalam ni yang boleh bagi penyelesaian kepada kekusutan yang melanda beliau.
“Kesian, tapi itu lah. Orang putih kata. Damage has been done. Orang Melayu kata nasi dah jadi bubur,” tulis Amirul Syafiq di Facebook miliknya.
Apa kata anda?
Baca juga: Putrajaya perlukan solusi parkir kereta terutama di kawasan kuarters kerajaan