Demi sesuap nasi atuk ini terus kayuh beca walaupun di usia 110 tahun

Oleh NASUHA RAHMAN

Demi sesuap nasi dan kelangsungan hidup atuk yang sudah mencecah usia 110 tahun terus kental mengayuh beca walaupun menyedari umurnya sudah lanjut.

Hidup sebatang kara, Atuk Wakid akan mengayuh beca keluar mencari pelanggan setiap hari untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Kisah atuk ini dirakamkan video seorang pengguna Tik Tok, Novitha yang juga merupakan penumpang kepada warga emas berkenaan.

Video yang dimuat naik ini telah menarik perhatian di media sosial apabila dia masih gigih mengayuh beca
walaupun umur sudah mencapai 110 tahun.

Berasal dari Blitar, Jawa Timur, Indonesia Atuk Wakid hidup sebatang kara selepas kematian isteri membuatkan beliau sudah terbiasa untuk bersusah payah sendiri.

Atuk Wakid

Walaupun hasil perkahwinan bersama isteri, dia mempunyai tujuh orang anak tetapi anak-anaknya semua tinggal di bandar berbeza dan bekerja di sana.

Wakid mendedahkan beliau tidak mempunyai tempat tinggal, hanya menumpang tidur di rumah ketua kampung

Kerana tidak memiliki tempat tinggal untuk berteduh dari panas dan hujan, dia terpaksa meminta ihsan dari ketua kampungnya untuk bermalam dan berehat setiap hari.

“Masih semangat yang penting boleh dapat sesuap nasi.”

Menurut Novitha Putri yang merakamkan video berkenaan dia menyedari yang warga emas tersebut memerlukan tempat tinggal dan kasih sayang yang cukup menjelang usia senjanya.

Walaupun banyak yang ingin membuat tabung derma untuk Atuk Wakid tetapi bagi Novitha yang sudah banyak menguruskan bantuan untuk orang-orang miskin di daerah itu berpendapat dia harus mengumpul beberapa maklumat penting dahulu berkenaan dengan lelaki tua tersebut.

“Saya belum tahu keadaan sebenarnya. Kalau pun mahu buka tabung derma untuknya, saya harus tahu dulu mengenai ketua kampung dan tempat tinggalnya, mohon izin dulu dan saat ini dia memerlukan apa,” kata Novitha kepada akhbar.

Baca juga: Konon diajak untuk jumpa anak-anak di rumah, kerani dakwa dicium, diraba anggota polis

Baca juga: Individu minum kopi sebelum beli-belah, cenderung habiskan duit dan berbelanja tinggi