10 detik yang buatkan “aku nak kahwin dengan dia” – Nombor 10 paling ‘tragis’

Oleh ARIF ATAN

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, tentu sebelum ini pernah ada detik yang spontan terlintas di fikiran “ok, aku nak kahwin dengan dia”.

Berikut adalah 10 perkongsian detik tersebut dengan sebahagiannya lucu tetapi nombor 10 merupakan detik paling ‘tragis’.

  1. Sengkek bersama

“Salah satu sebab: Jenis tak berkira walaupun dia sendiri pun sengkek. Bila dah kahwin, Alhamdulilah dia dah tak sengkek sendirian. Sudah ada teman. Harey toi!” – Nur Hela

  1. Plot twist!

“Jatuh luka main bola. Dia balut tangan saya dah macam mumia. Saya balik rumah tanggal sajalah walaupun pedih sikit bila mandi. Sekarang, dia dah kahwin dengan orang lain.” – Sabri Stafar

  1. Kerja gomen

Fuh, kerja kerajaan. Senang buat loan.” – Muhammad Faris

  1. Usia bertambah

“Tiada orang lain. Usia dah naik. Kahwin sajalah dengan dia.” – Zul Faqar

  1. Anak cikgu

“Bila dia anak cikgu kelas kau masa sekolah menengah. Tak payah buang masa suaikenal. Mak dia lebih kenal dulu.” – Shasyaa

  1. Sama daerah

“Laki sis: Ok, bagus kita sama-sama orang JB. Senang nak balik kampung.” – Ilie Atiqah

  1. Kereta stylo

“Bila tau dia ada kereta Vios.” – Noor Azhar Amat

  1. Anak Datuk

“Sebab dia pewaris Megah Holdings.” – Shukri Jol

  1. Jaga sakit

“Masa dia jaga saya sakit di hospital, hampir sebulan. Dia sabar dan sanggup bersengkang mata jaga saya masa sakit, tak boleh bangun. At that time, I knew he was the one.” – Olyn Ungkol

  1. Hanya berangan

“Dia kata akan setia dan sayang sampai akhir hayat dia, tak kiralah sama ada susah atau senang. Dia tak nak melukai hatiku lagi, katanya.

👆 Ini adalah contoh angan-angan aku.” – Hafiz Ahmad

Baca juga Benarkah anda anak keturunan Melayu? Cuba jawab 20 teka-teki berusia lebih 100 tahun ini

Baca juga Bergelek bukan semasa majlis akikah tapi acara ulang tahun perkahwinan, Ifa Raziah dibayar berpuluh ribu untuk persembahan