Seorang ketua polis mati ditembak kartel dadah selepas beberapa jam dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Keselamatan Awam Perbandaran Maxico.
Mangsa Juan Miguel Silva Alvarado, dilaporkan telah ditembak sebanyak beberapa kali di kepala oleh kartel Sinaloa ketika membuat rondaan.
Sumber Daily Mail gambar mayatnya yang dipenggal terbaring di tepi jalan muncul selepas mangsa ditembak pada 6 Ogos lalu berhampiran dengan Pejabat Pendakwa Negeri Sinoloa di Culiacán.
Juan Miguel dilaporkan telah diserang semasa dia diiringi oleh dua kereta peronda, menurut El Financiero.
Selepas ditembak, anggota kartel didakwa telah mengambil senjata polis tersebut dan meninggalkan tempat kejadian.
Senjata itu dilaporkan telah ditemui beberapa jam kemudian di tepi jambatan, termasuk senapang, yang mungkin digunakan untuk membunuh Juan Miguel.
Alvarado dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Keselamatan Awam Perbandaran beberapa jam sebelum dia dibunuh.
Gabenor Sinaloa, Rubén Rocha Moya, mengatakan bahawa dia ‘bersimpati’ dengan kematian Alvarado.
Menurut data Causa en comun, sekurang-kurangnya tiga pegawai telah terbunuh di negeri itu pada tahun ini.
Kartel di Sinaloa telah ditubuhkan pada akhir 80-an, dengan kumpulan itu dipercayai merupakan pembekal utama heroin, kokain, meth, MDMA dan fentanyl ke AS.
Serangan pembunuhan terbaharu itu berlaku selepas keganasan kartel yang telah menyebabkan Mexico huru-hara.
Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan dibunuh oleh samseng di Tijuana awal bulan ini antara 31 Julai dan 1 Ogos.
Baca juga: RCI tak ada kuasa, ‘tiada taring’, ‘tiada kuku’, apa lagi nak siasat skandal Kapal Tempur LCS
Baca juga: “Nak ke mak atau Ida mati kerana tertekan” – Rozita harap Aliff Syukri padam video gelek