‘Siapa sokong, elok jumpa doktor psikiatri’, penyokong Aliff Syukri kena sindir selepas satu Malaysia dibodohkan

Oleh ARIF ATAN

Mereka yang sokong dan percaya dengan apa yang dianggap lakonan murahan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri dicadangkan elok berjumpa doktor psikiatri.

Cadangan netizen yang bernada sindiran itu muncul selepas Aliff Syukri didakwa memuat naik gambar pil dua tahun lalu milik seorang pemilik akaun Twitter @NaufalAntezem.

“Siapa minat dan sokong si Aliff Syukri ni boleh dikelas sama bermasalah dgn dia. Saya cadang hantar doktor psikiatri untuk rawat dia,” kata Mohd Asri Yusof.

Sementara itu, pengguna FacebookRosfarina MA II menulis, “Mungkin dah sampai masa dia dapat kaunseling psikologi?.

Pil tiga jenis berwarna ungu, putih dan biru muda yang dikongsi Aliff Syukri itu juga dilihat mendorong rasa ‘teruja’ orang ramai untuk membelinya.

“Farmasi mana ada jual pil mematikan dengan tenang dan beriman ni, doc?,” kata Basripuzi Nuruladila Hassan Basri secara berjenaka.

Aliff Syukri sebelum ini kerap menghasilkan video muzik aksi ‘sotong’ dan individu transgender.

Lensa kecaman orang ramai kembali menghujani Aliff Syukri selepas usahawan jutawan dengan ‘tagline’ terlajak laris itu kelmarin mengakui sedang mengalami masalah mental tahap dua.

Tindakan Aliff Syukri yang pernah mengundang cemuhan selepas menghasilkan video muzik ‘Bobo Di mana’ bersama dua individu transgender itu juga dianggap orang ramai sebagai ‘laparkan’ perhatian.

“Lapar perhatian, kesian dia sampai nak makan ubat pun kena pakai tangan orang lain. Baik rujuk psikiatri betul-betul, perangai memang sejenis yang patut kena diagnos dan makan ubat,” perli seorang netizen.

Ramai juga yang berpendapat Aliff Syukri yang telah menghasilkan video lagu raya lalu dengan barisan penari lembut berpakaian wanita itu kerap melakukan perkara yang tidak wajar dibuat disusuli permohonan maaf.

“Setiap kali buat salah mintak maaf, nangis bagai lepas tu buat lagi perkara yang sama berulang, tak insaf-insaf pun. Makin melampau-lampau perangai,” kata Sue Shaari.

Baca juga Lagu raya Aliff Syukri jadi bahan cemuh, warga Indonesia juga anggap aksi ‘sotong’ melampau hina baju Melayu

Baca juga “Nak ke mak atau Ida mati kerana tertekan” – Rozita harap Aliff Syukri padam video gelek