Seramai 15 kanak-kanak antara 41 orang maut di sebuah gereja penganut Kristian Koptik di bandar Giza yang terbakar semalam.
Antara yang terkorban adalah pasangan kembar berusia lima tahun dan adik mereka yang berusia tiga tahun serta paderi gereja itu, Abdul Masih Bakhit.
Menurut Ketua Pendakwa Raya, Hamada el-Sawy, kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat terhidu asap.
Sementara itu, terdapat 16 individu cedera termasuk empat anggota polis yang terbabit dalam operasi menyelamat, lapor AP dipetik BH Online.

Beberapa individu yang terperangkap di bahagian atas gereja Abu Sefein itu terpaksa melompat keluar dari premis bagi menyelamatkan diri.
Siasatan awal polis mendapati kemungkinan berlaku litar pintas pada pendingin hawa.
Presiden Abdel Fattah el-Sissi menerusi perkongsian di Facebook menitipkan ucapan takziah kepada Paus Kristian Koptik, Tawadros II.
Bahkan, Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb, turut merakamkan ucapan takziah kepada pemimpin gereja Koptik.
Baca juga Panik kereta terbakar dan tergelongsor di Genting, mujur satu keluarga selamat
Baca juga Berlari disambar api, tidak kurang 13 terbunuh dalam kebakaran kelab malam