10 bintang diberi untuk semangat dan kesungguhan mengajar seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah ini. Itu antara respon warganet.
Gaya mengajar guru wanita yang kreatif dan bertenaga dan dikongsi di TikTok beliau mengundang kekaguman orang ramai.
Dalam masa sama, ada yang ‘terkilan’ kerana mereka semasa di bangku sekolah dahulu tidak mempunyai guru bersemangat seperti wanita berkenaan.
“Teacher yang paling best ni. Kenapa saya dulu tak diajar dengan cara ni,” kata seorang netizen.
Guru yang juga TikTokers yang menggunakan nama Nana Dayana itu memang popular dengan mempunyai lebih 330,000 pengikut selain disukai 9 juta pengguna TikTok.
Melihatkan tenaga maksimum guru itu, ada yang berpendapat mungkin beliau akan terlalu penat kerana dalam sehari bukan sebuah bilik darjah sahaja yang perlu ditanganinya.
Namun, ada warganet yang menolak tanggapan tersebut sebaliknya menyifatkan guru itu lebih puas dan gembira ditambah dengan murid yang cerdik dan baik mendengar kata.
Baca juga Lima cadangan Pakatan Harapan angkat kedudukan guru
Baca juga “Sedangkan Nabi maafkan umat” – Pensyarah jijik mohon pelajar tarik balik laporan polis