Seorang guru menerusi TikTok berkongsikan cerita bagaimana murid Darjah Satu yang diajarnya sudah ‘advance’ apabila terdedah dengan video lucah.
“Selepas saya berikan murid-murid kerja sekolah, saya buka telefon tapi lindung dengan buku, tak mahu murid nampak saya buka telefon.
“Anda tahu tak? Murid Darjah Satu lagi tau, dia cakap; cikgu tengok apa tu? Cikgu tengok benda-benda tak eloklah tu.
“Dia ada cakap satu ‘term’ yang saya tak mahu sebut,” cerita guru yang menggunakan nama Teacher Nana itu.
Beliau berkata kanak-kanak pada masa ini sudah terdedah dengan perkara-perkara lucah daripada pelbagai platform media sosial termasuk Facebook dan TikTok.
“Kanak-kanak sekarang sangat terdedah, cakap benda-benda begini,” katanya sambil menasihatkan kepada ibu bapa agar sentiasa mengawal dan mengawasi anak-anak mereka semasa menggunakan telefon bimbit.
Perkongsian Nana Dayana itu kemudiannya dilihat menarik perhatian orang ramai apabila masing-masing berkongsikan pendapat.
“Betul. Budak sekarang advance. Takut nak besarkan anak pada zaman yang terlalu moden ni,” komen seorang netizen.
Dalam ribuan komentar itu juga, seorang pengguna TikTok memberitahu ada kisah bagaimana seorang kanak-kanak perempuan seperti ketagih untuk melihat sesuatu dalam beg dibawanya.
Apabila guru mahu mengambil beg itu, budak itu menangis, meraung dan mengamuk bahkan tiba satu tahap tidak mahu makan kerana tegar melihat benda itu sahaja di dalam begnya.
“Satu hari ini tahu juga. Budak perempuan ni tengok porn dalam telefon dan mengejutkan bapa dia pesan jangan sampai cikgu tahu!” kata Aen Iqa.
Sementara itu, @IIzzati Wan Nik menasihatkan supaya kaum ibu menyimpan telefon bimbit pada waktu malam sebelum masuk tidur supaya demi mengelak anak-anak yang di bawah umur 18 tahun mengakses yang bukan-bukan.
“Risau anak-anak ni tak tidur je dok tengok entah apa sampai ke pagi,” ujarnya lagi.
Baca juga ‘Saya beri 10 bintang untuk semangat cikgu’, gaya mengajar guru ini dikagumi orang ramai
Baca juga Gara-gara terima hadiah cermin mata, pembantu penguatkuasa PBT ditahan SPRM