Tinggal di luar negara tak seindah yang disangka, wanita ini cerita banyak benda yang berbeza dengan Malaysia

Oleh KIM SYAZIE

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jauh mana pun kita merantau, negara sendiri jugalah yang paling dirindui.

Orang kita kata seronok jika dapat jadi seorang perantau dan berpindah ke negara lain. Tetapi bagi rakyat Malaysia yang menetap di sana, mereka pula lebih merindui tempat kelahiran mereka ini.

Menurut seorang pengguna Facebook, Azira Aziz yang sudah bertahun menetap di Norway, dia memberitahu ‘seronoknya tinggal di negara Malaysia. Dalam catatannya di laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, dia menyenaraikan banyak perbezaan negara luar dengan Malaysia.

Dari segi lingkungan rakan-rakan, menurutnya rakyat Malaysia lebih mudah berinteraksi bersama biarpun mereka tidak mengenali satu sama lain. Rakyat Malaysia sangat ramah berbanding budaya di Norway yang menerapkan sikap untuk berhati-hati dan tidak bergaul dengan orang tidak dikenali.

Bahkan untuk mencari kerja di sana juga sangat susah biarpun jika mereka mempunyai kelulusan akademik setinggi PHD. Ia tidak menjanjikan peluang pekerjaan di sana.

Dari segi kos sara hidup pula, harga sewa sebuah rumah yang mempunyai dua bilik tidur, dikatakan hampir menyamai harga sewa sebuah banglo di Malaysia. Punyalah mahal kos sara hidup mereka.

Gambar kredit Azira Aziz

Ikuti nukilan wanita ini yang kami kongsikan semula di bawah.

“Seronoknya tinggal di negara Malaysia”

1) Norway, ada lokasi tanpa siang selama 3 bulan, ada yang 2 bulan pada musim sejuk. Manakala pada musim panas, ada lokasi tanpa malam selama 3 bulan dan ada yang 2 bulan.

Kurang cahaya matahari meningkatkan depresi atau tekanan perasaan dalam kalangan penduduk. Pelik dengan ekosistem terutama di kawasan utara dan selatan barat Norway. Nikmat apa yang kau dustakan?

2) Sukar bersosial dan susah nak berkawan dengan orang-orang Norwegian

Sikap mereka yang agak “reserved” membuatkan kita agak sukar nak berkawan. Nak mula perbualan pun susah. Mereka dah diajar dari kecil untuk “skeptisk” atau rasa ragu-ragu dan berhati-hati dengan orang yang tak dikenali.

“Manusia adalah bahaya”. Itu yang diajar kepada bayi seawal umur 10 bulan di barnehage (taska). Di Malaysia, Orang Malaysia peramah dan murah dengan senyuman.

3) Anak-anak umur 18 tahun dianggap dewasa dan boleh buat keputusan sendiri.

Kalau nak keluar rumah nak duduk luar pun dah dibenarkan di negara Norway. Di Malaysia, umur 18 tahun tu ramai yang masih yang tinggal dengan ibu bapa lagi.

4) Bahasa Norway

Bab ni memang berat. Kadang-kadang tu, kita dah cuba cakap bahasa Norway, tapi dibalas dengan bahasa inggeris. Di Oslo tempat saya tinggal, kerap kali begini. Di Malaysia, dalam satu ayat boleh 3 bahasa.

5) Susah gila nak dapat kerja di Norway.

Untuk yang datang dari negara luar Eropah, agak sukar untuk mendapatkan kerja di negara ni. Ada Master, Diploma, PHD, Bachelor Degree belum tentu dapat pekerjaan yang bersesuaian dengan apa yang kita ada.

Contohnya doktor, diwajibkan dapat level bahasa norsk aras yang paling tinggi iaitu B2 untuk forståelse (kefahaman), skriftlig (penulisan), lesetillatelse (pembacaan) dan lyttetillatelse (pendengaran) untuk Norskprøve (ujian bahasa Norsk).

Ada yang dalam masa 6 bulan boleh dah. Ada yang perlu mengulangi ambil peperiksaan jika belum cukup semua B2. Ada juga yang perlu “downgrade” pembelajaran, guna Diploma, guna Degree masing-masing untuk dapatkan kerja di Norway.

Saya selalu membayangkan, jika saya berada di Malaysia, kerja itu mungkin agak mudah buat saya yang hanya ada Diploma. Banyak pilihan dan pergi ke mana-mana sahaja.

Asalkan: Boleh bertutur dalam bahasa Malaysia, boleh bertutur dalam bahasa inggeris dan bonus jika boleh bertutur dalam bahasa mandarin.

6) Kos sara hidup tinggi

Semakin hari barang semakin mahal. Sewa rumah, makanan dan kemudahan awam. Harga makin naik nak-nak ekonomi meleset satu dunia.

Nak berbelanja negara Norway bukan negara yang sesuai untuk itu. Cukup sekadar nikmati pemandangan.

Malaysia pula aaah, syurgaaa syurgaaaaa beli-belah. Di hujung jari pun boleh!

7) Norway dan Malaysia jauh

Satu di kutub utara, satu di lingkaran khatulistiwa. Naik kapal terbang, minimum adalah 14 jam perjalanan campur transit. Jauh ooi.

Cuti umum di Norway cuma 12 hari aja. Malaysia lebih kan? Syoknya cuti.

9) Sewa rumah mahal terutama di bandar utama Norway terutama di Oslo.

Jangan mimpi lah nak dapat “mur mur”. Rumah sewa yang saya duduki, tahun 2019 cuma 15,500 kroner. Tahun 2022 naik sehingga 17,500 kroner. Hanya 2 bilik tidur saja.

Fuh, mahal oo. Duit sewa tu kalau di Malaysia dah dapat bungalow dah yeong yeop ui.

*harga tu bahagi 2 ya?

10) Masjid tanpa alunan azan berkumandang di luar masjid

Rindu Malaysia. Boleh dengar alunan azan sejauh mungkin. Di Norway, boleh dengar azan dalam masjid saje. Ada lokasinya. Masjid pun tak ada.

Walaupun begitu, agama islam di Norway adalah kedua terbesar. Begitulah. Di manapun kita berada, sesebuah negara itu tetap ada “pro dan cons”. Yang baik kita ambil, yang kurang kita jauhi.

Apa kata anda?

Baca juga: Ramai minta cuti peristiwa sempena kemenangan badminton dunia, siap ada yang ‘PM’ tepi Ismail Sabri

Baca juga: Sesi persekolahan kekal dibuka Mac tahun hadapan