Entah siapa yang salah ku tak tahu, warganet ‘terhibur’ selepas Rosmah mohon gugurkan hakim

Oleh ARIF ATAN

Warganet dilihat ‘terhibur’ sehingga ada yang menulis entah siapa yang salah ku tak tahu apabila Datin Seri Rosmah Mansor dilapor membuat permohonan pada saat akhir untuk menggugurkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

Reaksi orang ramai di media sosial itu ketika isteri Datuk Seri Najib Razak tersebut bakal berdepan keputusan akhir dalam kes rasuah membabitkan projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya, esok.

Orang ramai juga menganggap tindakan Rosmah dalam permohonan notis usulnya supaya kes itu didengar atau dibicarakan semula oleh hakim lain sama seperti pernah dilakukan oleh suaminya, Najib.

“Guna taktik laki dia” kata Shairul Rizdiyandi Omar manakala Sukri Daud menulis, “taktik tu sama sebab duduk serumah”.

Malah, dakwaan Rosmah yang hilang kepercayaan terhadap Hakim Zaini juga menarik perhatian golongan kartunis.

“Terkini: Drama dah mula,” tulis Zunar Cartoonist Fan Club.

Baca juga Anak Najib mohon ‘sahabat-sahabat’ hadir beri sokongan di mahkamah esok

Baca juga Sambutan ambang merdeka bersama 200 pelajar tahfiz dihiasi alunan suci Al Quran