Jangan serkap jarang, penjawat awam pun bayar cukai, bukan penjawat swasta sahaja

Oleh KIM SYAZIE

Ramai yang bersikap serkap jarang apabila mendakwa pembayaran gaji penjawat awam dibayar oleh cukai sektor pekerjaan lain, Mungkin ramai tak tahu sebenarnya penjawat awam juga membayar cukai seperti penjawat lain.

Perkara tersebut diberitahu oleh seorang penjawat awam di laman sosial Facebook susulan banyak pertikaian dilemparkan orang ramai terhadap sektor itu yang dikatakan bertuah sentiasa mendapat khabar baik tentang kenaikan gaji, dan juga pemberian bonus setiap tahun.

Pengguna yang menggunakan akaun Nancy Maria menyangkal dakwaan ramai yang kononnya penjawat swasta yang selama ini membayar gaji penjawat awam.

Perkara itu sama sekali tidak benar kerana katanya selagi penjawat awam mempunyai slip gaji, mereka masih dikenakan potongan cukai.

“Terguris juga di sanubari saya membaca komen-komen yang menyatakan pekerja-pekerja swasta membayar cukai dan wang itu digunakan utuk membayar gaji kami penjawat awam. Reaksi, posting dan komen itu muncul gara-gara pengumuman naik gaji RM100.

Nahi betty nahi!! Kami juga pembayar cukai. Penjawat awam dan pekerja swasta, selagi ada slip gaji memang akan dikenakan cukai setiap bulan mengikut jumlah tanggungan dan jumlah pendapatan masing-masing.

“Berlapiklah melontarkan komen. Gunakanlah media sosial sebaiknya. Salam damai,” ulasnya ringkas sambil menyertakan pautan gambar slip gaji memaparkan potongan cukai sebanyak RM285.

Gambar yang dikongsi Nancy

Saya juga salah seorang penjawat awam yang dipotong cukai

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ada yang menyokong penjelasan berkenaan dan memberitahu dia juga merupakan salah seorang penjawat awam yang agak banyak dikenakan cukai setiap bulan.

“Mereka bercakap tanpa selidik fakta dan kesahihan. Hati yang tenang adalah hati yang suka bersangka baik dan bersyukur dengan rezeki sendiri,” komen pengguna Facebook.

“Pembayaran cukai adalah tanggungjawab dan wajib bagi semua tanpa mengira status termasuklah pekerja awam mahupun swasta. Tanggapan kebanyakan orang bahawa penjawat awam tidak perlu membayar cukai adalah silap,” tambah pula pengguna lain.

Baca juga: Terbaru peniaga tunjuk keadaan Malakat Mall penuh dengan pengunjung, mana ada kosong!

Baca juga: MAIWP bongkar sisi gelap pemohon zakat, dapat aduan sedang susah tapi tinggal di kondo mewah