Bubur ulat hijau berlendir dan pepijat untuk murid sekolah atasi kebuluran di Zimbabwe

Oleh NASUHA RAHMAN

Sebuah agensi bantuan di Zimbabwe sedang mencari cara untuk menggunakan cacing mopane dalam bubur yang akan dihidangkan di sekolah.

Cacing mopane adalah ulat hijau berlendir yang sepatutnya bertukar menjadi rama-rama serta sudah biasa dipetik untuk dimakan daripada tumbuh-tumbuhan semasa musim hujan.

Projek itu bertujuan untuk memperkenalkan bubur bercampur pepijat sebagai hidangan kepada kanak-kanak miskin di bandar selatan Gwanda dan ibu kota Zimbabwe di Harare.

Agensi itu berkata, hidangan tersebut akan menggabungkan cacing mopane yang diternak secara tempatan dengan bijirin dan buah-buahan.

Ia menawarkan semua vitamin dan mineral penting seperti fosforus, kalium, besi, tembaga, zink, mangan, natrium, serta vitamin B1 dan B2.

Berdepan dengan isu kebuluran penduduk Benua Afrika digalakkan untuk mencuba hidangan berasaskan serangga atau ulat yang kaya dengan nutrien sebagai salah satu alternatif makanan,

Perkara tersebut disuarakan oleh agensi projek bantuan yang dibiayai oleh Britain di Zimbabwe dan Republik Demokratik Congo (DRC).

Bagi menyokong idea tersebut, agensi itu kini membelanjakan sebanyak AS$57,000 (RM255,018) di DRC dan AS$346,000 (RM1.5 juta) di Zimbabwe untuk mencuba diet serangga dengan tujuan memperkenalkannya kepada penduduk tempatan.

Di DRC, agensi itu meneroka inisiatif faedah memakan ulat Afrika, belalang migrasi dan lalat askar hitam.

Terdapat kira-kira 23 spesies serangga termasuk anai-anai dan cengkerik yang telah pun menjadi hidangan biasa bagi penduduk di wilayah Kivu Selatan.

Bagaimanapun, penduduk tempatan tidak memakannya secara harian dan mengumpulkan serangga-serangga itu bergantung pada musim, lapor Agensi.

Baca juga: Ibunya bermalam di hotel, anak autisme ditinggalkan sendirian cedera terjun dari tingkat 1

Baca juga: Amboi! ‘Berkelah’ di lapangan terbang ya! Netizen nasihat keluarga ini cari tempat lebih sesuai