Ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk bataskan waktu anak terutama di peringkat awal perkembangan usia mereka daripada terlalu lama menghadap skrin gajet.
Hal ini memandangkan eksploitasi seksual secara dalam talian terhadap kanak-kanak di negara ini adalah membimbangkan.
Buktinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebanyak 106,764 alamat Protokol Internet (IP) berdaftar di negara ini dikesan membuat perkongsian kandungan lucah membabitkan kanak-kanak sejak 2017 hingga Ogos lalu.
Ikuti tips berkenaan tempoh yang disyorkan untuk anak-anak menguliti gajet seperti dikongsikan MOMOHOUSE ini:
Walaupun kita mahu sangat untuk tidak beri langsung telefon bimbit pada anak, tapi kita juga kena berpijak di bumi yang nyata telefon bimbit sudah menjadi seperti “darah daging” kerana kita tetap perlu menggunakannya.
Namun, terdapat beberapa cara untuk kira kurangkan penggunaan telefon bimbit kepada anak kita, antaranya:
1. Bayi bawah 18 bulan – Jangan beri langsung, kecuali panggilan video call.
2. Bayi 18 bulan hingga 24 bulan – Pilih program yang benar-benar berfaedah dan menonton bersama anak untuk mereka faham apa yang mereka tengok.
3. Kanak-kanak 2 tahun hingga 5 tahun – Bataskan skrin selama 1 jam sehari sahaja.
4. Kanak-kanak 6 tahun ke atas – Bataskan had untuk main apa media secara konsisten. Pastikan mereka cukup tidur, dan bermain di luar.
Ibu bapa perlu pastikan sentiasa memantau anak supaya tidak menjejaskan anak-anak.
Baca juga Wanita didakwa bunuh bayi sendiri dihadap ke mahkamah hari ini