Nampaknya ramai yang tidak berpuas hati dengan rangkaian restoran makanan segera KFC yang bertindak ikut suka untuk menukar wedges atau coleslow dengan kentang putar tanpa disedari.
Ianya terjadi apabila pelanggan menggunakan panel layan diri dan membayar menggunakan debit kad, malangnya apabila membawa pulang ke rumah hidangan yang dipilih tidak sama yang dibungkus.
Keadaan ini berbeza apabila pelanggan beratur di kaunter dan memilih serta melihat sendiri pembungkusan yang dibuat kakitangan KFC.
Seorang pengguna Facebook Al Irfan Jani yang berkongsi pengalaman ‘ditipu’ oleh KFC apabila pekerja suka-suka ganti wadges dengan kentang putar.
Kenapa ianya terjadi? Kenapa kentang putar bukannya nuget atau ayam goreng atau coleslow?
Al Irfan berkongsi pengalaman ini dan bagi tips bagaimana cara untuk ajar pihak pengurusan KFC;
Dah jadi normal pula sekarang ni Kepsi (KFC) suka-suka ganti wedges dengan kentang putar. Ramai kongsi benda ni kat stori dan reel. Dah jad isu nasional, sebab dinormalisasi bertahun-tahun.
Kadang sayur coleslaw habis pun, digantinya dengan kentang putar. Kadang, beli 5 set pun, semua side dish kentang putar. Semua benda nak diganti dengan kentang putar. Alasan standard, “Ini kan sekadar free add-on.
Kami berhak tukarkan ke menu lain.” Paling tenang pun, dia tunjuk bintang* remark kat signage, “Gambar sekadar ilustrasi.”
Paling kesian, kau dah bayar pun, “Duduk dulu Encik, nanti kami hantarkan ke meja ya,” Ha bersiaplah nak kena scam kejap lagi. Paling geram kalau dia cakap, “Encik bayar dulu, baru kami tengok stok.”
Simple je sebenarnya. Kalau kau tak suka, kau cancel je order. Contoh, kalau kaunter dah bungkus habis 90 ketul ayam, last-last tang corner dia baru nak beritahu, “Maaf Encik, saya tukar wedges dengan kentang putar ya.” Kat situ jugak aku cancel order.
Kenapa rakyat Malaysia marah? Adakah orang Malaysia kedekut? Nope. Nak kasi faham, macam ni.
Kalau bisnes tu jujur, dia awal-awal beritahu menu yang kita nak tu tiada. Kalau dah asyik sangat inform selepas bayar, dah dikira jujur ke tu? Biasheee die….
Pakcik jual burger tepi jalan pun jujur, awal-awal dia beritahu pelanggan mayonis habis, sebelum pelanggan order lagi. Takkan restoran rantai tak boleh jujur?
Hari ni habis, esok mai habis, sampai kau datang tiap-tiap hari pun habis. Yang peliknya, dah seminggu tak ada stok pun, manager masih tak letak notis menu tertentu tak ada.
Ada apa dengan kentang putar ni?
Ia produk margin paling tinggi. Paling untung dia jual, sebab modal kos paling rendah. Paling mudah disimpan, tahan lama, sebab guna serbuk pre-made je. Paling cepat disiapkan, hanya perlu pakai air panas je. Sebab tu menu ni wujud dalam katalog.
Jadi, saranan saya, jangan boikot. Tapi, ikut 2 idea di bawah ni. Terpakai kat mana-mana restoran segera pun.
1.Kau cancel je terus order tu. Biarpun dia dah bungkus habis. Walau kad bank kau dah tolak duit, request refund. Walau kau dah beratur lama gila, anak-anak dah tunggu 1 jam. Kau steady, situ jugak kau minta panggilkan manager. Kalau taknak refund, rujuk no.
2.Minta gantikan dengan produk yang lebih mahal. Contoh, minta ganti ayam besar seketul. Macam aku, pernah wedges tak ada, aku minta coleslaw mangkuk besar. Kalau tak dapat, rujuk No.1.
Simple kan. Tak payah gaduh-gaduh.
Tak payah ramai. Cukup 10 pelanggan buat macam kat atas tu, insyaAllah retilah nanti manager dia pasang notis besar-besar kat tepi kaunter. Barulah telus. Tak gitu?
Kalau kita boikot, kesian orang yang kerja di situ. Lebih baik kita ‘pressure’ sikit management. InsyaAllah Kepsi akan lebih maju lagi.
Jangan main-main dengan national movement. Negara pernah kecoh bila seluruh rakyat Malaysia reject saiz ayam Kepsi kecil. Kepsi punya pasal, restoran jenama lain semua kena tempias. Sampai seluruh supply chain terpaksa ketatkan KPI. Macam ni baru Malaysia sepakat
Nak gaduh lebih-lebih pun, penat je. Ayam goreng Makcik Kiah, Muiz, Kelantan Fried Chicken, kan ada.
Baca juga: “Naik taraf dengan baik pulih pun tak boleh beza ke?”
Baca juga: Operation London Bridge bermula