Mungkin letih seharian bersekolah, aksi seorang murid sekolah rendah dilihat berbaring di atas rumput sambil menikmati ais krim memang sempoi dan buat warganet terhibur.
Murid lelaki itu menjadikan beg disandangnya sebagai alas bersandar dengan tidak menghiraukan hiruk-pikuk rakan-rakan di sekelilingnya.
Dipercayai berlaku ketika habis waktu persekolahan, rata-rata netizen menyifatkan setakat baju kotor kerana baring di atas rumput bukan satu perkara besar.
Masalahnya jika ais krim itu meleleh dan menitik di atas permukaan baju mungkin boleh membuatkan ibu murid berkenaan ‘menangis’ untuk membersihkan kesan kotoran degil.
“Rehatlah dik. Bukan main berat pikul buku sekolah. Bila boleh cabut buka beg sekolah dari bahu tu alahai lega rasanya,” kata seorang pengguna Facebook.
Tidak kurang juga berpendapat jadual ketat sebahagian murid yang perlu hadir sekolah agama selain Sekolah Kebangsaan turut menjadikan mereka keletihan.
“Itu yang terbaring atas rumput, dapatlah luruskan badan sekejap, sementara menunggu ibu bapanya ambil,” ujar netizen lagi.
Baca juga Remaja lahirkan bayi kembar, tapi bapa berbeza
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio