Tiada usaha naikkan cukai terhadap orang kaya sejak 12 tahun! – Pakar ekonomi anggap kerajaan tiada usaha serius gandakan hasil pendapatan

Oleh ARIF ATAN

Dalam tempoh 12 tahun ini kerajaan tiada usaha untuk menaikkan cukai terhadap orang kaya, kata pakar ekonomi Profesor Emeritus Dr. Jomo Kwame Sundaram.

Penasihat Kanan, Institut Penyelidikan Khazanah itu yakin kerajaan tahu siapa dapat untung besar atau sebaliknya.

Dr Jomo Kwame Sundaram

Namun, Dr. Jomo berkata, pemerintahan tidak mahu kenakan cukai sejak tempoh dua ke tiga tahun sebelum ini walaupun sesetengah harga barang eksport melambung tinggi seperti minyak sawit dan sarung tangan.

“Tapi pemerintah enggan mengenakan cukap terhadap mereka sebagai contoh cukai durian runtuh.

“Sebab itulah saya katakan kerajaan tiada usaha serius untuk gandakan hasil pendapatan,” dipetik dari wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.

Baca juga Ekonomi negara paling parah, RM jatuh inflasi naik-PH dakwa ini kegagalan Ismail Sabri sebagai PM

Baca juga Lelaki Jepun dibayar RM319 untuk tidak melakukan apa-apa, inilah impian semua manusia