Aksi wanita ini terserempak dengan ‘ex’ buat warganet terhibur

Oleh ARIF ATAN

Aksi wanita ini terserempak dengan ‘ex’ atau bekas kekasihnya yang sedang menunggang motosikal buat warganet terhibur.

Menerusi video yang tular itu, dilihat wanita di dalam kereta tersebut sempat melambai kepada bekas kekasihnya.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan terus memacu laju motornya sejurus melihat wanita yang pernah dicintainya itu.

“Muka tak malu, awak pula yang mengedik. Dia tak layan pun,” komen netizen.

Melihatkan reaksi spontan si lelaki itu, ada yang berpendapat kemungkinan besar bekas teman wanitanya dulu membuat banyak salah sepanjang hubungan mereka.

“Mesti kau yang banyak buat salah dan kecewakan dia. Kalau putus baik-baik dia pasti okey je dengan kau,” ujar Md A Azila Awang.

Seorang warganet pula mengulas, “Abang tu menyampah sangat tengok muka kaulah tu. Kemain laju dia bawak (motor),” ujarnya.

Ramai juga terutama kalangan kaum Hawa berkata, mereka sama sekali tidak akan bertentang mata apa lagi bertemu dengan bekas kekasih.

“Aku dengan ex jangankan muka, bayang pun aku tak nak tengok,” kata seorang wanita.

Baca juga ‘Sendiri masuk, sendiri tutup, sendiri panik’, percayalah dia insaf sekejap je!

Baca juga Klinik kesihatan terbakar, punca dan kerugian belum dikenalpasti