Anak berusia 50 tahun bertindak membelasah bapanya yang berusia 71 tahun menggunakan tongkat rotan kerana enggan beri wang kepadanya.
Anaknya yang tiba-tiba mengamuk dan membelasah bapanya selepas dikatakan berlaku perselisihan faham di Kampung Pengkalan Sentol, di Jertih
Bapanya dalam keadaan berlumuran darah dan lemah kerana suspek memukulnya di bahagian kepala, mata belah kiri serta tangan belah kanan mendapatkan bantuan ke rumah seorang lagi anaknya.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa memaklumkan kepada pengadu berusia 43 tahun yang juga anaknya bahawa suspek memukulnya dengan tongkat (rotan) di bahagian kepala, mata belah kiri serta tangan belah kanan.
“Pengadu terus mendapatkan bantuan daripada jiran untuk menghantar ayahnya ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kira-kira jam 12 tengah hari, semalam untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan dari doktor mengesahkan bahawa mangsa patah dan putus di bahagian ibu jari tangan kanan.
“Mangsa juga menerima beberapa jahitan di bahagian belakang kepala serta masih dirawat di wad HSNZ,” katanya.
Rozak berkata, punca kejadian disebabkan suspek tiba-tiba mengamuk apabila mangsa enggan memberi wang kepadanya.
“Suspek ditangkap pada hari yang sama pada jam lebih kurang jam 12 tengah hari dan turut merampas sebatang tongkat rotan dibuat dengan di pandu arah oleh suspek.
“Hasil ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif Methamphetamine,” katanya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.
Baca jufa: Cukuplah arwah bapa dikenang, diiktiraf duit bukan ukuran-Keluarga pencipta lagu Negaraku kecewa
Baca juga: Denda sehingga RM2 juta jika jual RON95 kepada warga asing