Sikap perokok yang masih mahu ‘berhembus’ walaupun di tapak perkhemahan mengundang rasa tidak senang orang lain yang ingin menikmati kesegaran alam sekitar bebas asap rokok.
Hinggakan ada yang secara sinis menyarankan mengapa tidak makan sekali puntung rokok itu.
“Saya hairan, kenapa perokok buang puntung yang last sekali? Kenapa tak dimakan saja?,” kata Muyassarah.
Ada juga yang menempelak sikap perokok yang membuang puntung merata-rata selepas mencemarkan udara sekiat.
Bagi Mohd Danial Fai pula, beliau menasihatkan supaya perokok menghentikan tabiat buruk itu selepas menyaksikan sendiri bagaimana seorang ayah merokok di luar khemah tetapi asap rokok masuk ke dalam khemah yang ada anak-anak kecil.
“Bagi perokok tegar, janganlah bawa perangai merokok tu sampai ke tapak perkhemahan. Bau rokok yang menganggu jiran sebelah satu hal, kesihatan keluarga dan anak-anak kenalah ambil cakna.
“Anak kecil-kecil tu sangat bahaya dengan asap rokok. Paru-paru mereka masih lembut lagi, dan mudah terdedah kepada bahaya bahan racun dalam asap rokok,” katanya.
Sehubungan itu, Mohd Danial menyeru agar perokok yang masih berbuat demikian berhentilah merokok mulai sekarang.
“Kita jaga kesihatan bukan untuk diri kita, tapi untuk keluarga. Kalau kita sakit, mereka telah hilang tempat pergantungan,” ujarnya lagi.
Baca juga Nak capai ‘generasi penamat rokok’ jadi lebih sukar dengan lambakan rokok elektronik, vape
Baca juga Wanita ketagihan seks insaf lepas tidur dengan 700 lelaki, kini mahu bantu wanita lain