Intai dan ugut lebih 300 kali – Mangsa akhirnya ditikam mati di tandas stesen kereta api bawah tanah

Oleh ARIF ATAN

Lelaki Korea Selatan, Jeon Joo-hwan, 31, dalam tempoh hampir dua tahun didapati mengintai dan mengugut mangsanya, yang juga bekas rakan sekerja lebih 300 kali dalam kejadian berasingan.

Tertuduh tidak ditahan kerana polis menganggap lelaki itu ‘berisiko rendah’, walaupun dia terus mengganggu mangsa, yang sudah pun memfailkan tuduhan kedua kerana mengintainya, awal tahun ini.

Lapor AFP, sehari sebelum Jeon sepatutnya dijatuhkan hukuman, pada 14 September, dia dituduh menikam wanita berkenaan hingga mati di tandas awam di sebuah stesen kereta api bawah tanah di tengah Seoul.

Rakyat Korea Selatan bangkit marah dan menuntut pembaharuan undang-undang ekoran kes membabitkan Jeon ini.

Jeon dilaporkan memberitahu penyiasat yang dia berang dengan masalah undang-undang yang ditimbulkan mangsanya.

Lelaki itu dipecat daripada pekerjaannya di Metro Seoul, yang juga tempat mangsa bekerja selepas mangsa mula membuat laporan terhadapnya kerana mengintai.

Ekoran itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan mengintai seorang wanita, yang kemudian dibunuhnya.

Kes berprofil tinggi itu mencetuskan kemarahan dan tuntutan rakyat Korea Selatan terhadap pembaharuan undang-undang.

Baca juga Bayangkan kalau pembeli yang cakap – ‘Maaf, tak cukup 5 sen’

Baca juga Sengaja jatuhkan beban 20kg atas kepala orang masa tengah gim, lelaki dipenjara 19 bulan