‘Dia mangsa culik kot!’, netizen berang ada individu persenda gambar sebenar Azi yang diculik ke Thailand

Oleh KIM SYAZIE

Sejak ejen jualan kosmetik yang dikenali sebagai Azi dibawa pulang ke Malaysia, lain pula sikap yang ditunjukkan segelintir netizen selepas kes itu.

Ini kerana ada yang memuatnaik gambar wanita berkenaan dalam dua versi iaitu versi yang diwar-warkan pada media (berbaju dan bertudung putih) dengan satu lagi versi yang tidak mengenakan apa-apa solekan.

kedua-dua gambar berkenaan terlihat berbeza dan ia menyebabkan segelintir warga maya mempersenda mangsa yang masih trauma dengan kes penculikan itu.

“Ambil iktibarlah kepada mereka yang selalu pakai filter. Macam mana polis Thailand nak kenal mangsa culik tu kalau macam tu gambarnya. Nasib baik laki dia kenal,” tulis kapsyen dalam sebuah video yang dimuatnaik di TikTok dan kemudian tular di media sosial Facebook dan Twitter.

Selepas ia diulang siar orang awam, ramai meluahkan rasa tidak senang dan tampil menegur perbuatan tidak sensitif yang ditunjukkan segelintir netizen.

Menjengah ke Twitter, ramai yang berpendapat bahawa video sedemikian seolah mempersenda dan tidak menghormati perasaan mangsa yang masih trauma dengan apa yang dialaminya.

Mereka juga menganggap individu yang cuba membuat jenaka itu sebagai tidak sensitif.

“Dia mangsa culik kot?! Lepas dapat jumpa korang sibuk kutuk muka dia pula. Seriously?,” komen pengguna Twitter.

Baca juga: Azi dah balik, menangis dapat berjumpa keluarga

Baca juga: Permohonan untuk Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara Malaysia