Permohonan perlindungan insurans untuk semua rakyat Selangor Skim Insurans Am Selangor (INSAN) kini dibuka memberi perlindungan sehingga RM10,000.
Sejumlah 6 juta rakyat dan penduduk di seluruh negeri Selangor adalah layak untuk menerima perlindungan sebanyak RM10,000 seorang sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya akibat kemalangan.
Insan adalah perlindungan insurans am berkumpulan dilaksanakan agensi Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI ia ditawarkan kepada individu berumur bermula dari 30 hari sehingga 80 tahun.
Perlindungan insurans sehingga RM10,000 adalah untuk hilang keupayaan kekal dan kematian disebabkan kemalangan.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang www.wavpay.net .
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengajak rakyat mendaftar Skim Insurans Am Selangor (INSAN) yang dibuka mulai 1 Oktober 2022.
Skim perlindungan untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis bernilai RM60 bilion itu boleh didaftar sehingga 30 September 2023 dengan memuat turun aplikasi e-dompet Wavpay melalui App Store atau Google Play.
Sebagai penghargaan kepada setiap insan yang menyumbang kepada ekonomi negeri Selangor, kerajaan negeri telah melonggarkan syarat kelayakan bantuan ini.
Syarat kelayakan:
- Berumur di antara 30 hari sehingga 80 tahun
- Lahir di Selangor (pemegang MyKAD dengan kod 10), ATAU penduduk di Selangor (beralamat MyKAD di Selangor), ATAU pengundi di Selangor
Tiada yuran pendaftaran.
Semuanya dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama AmGeneral Insurance.
Daftar melalui aplikasi Wavpay SEKARANG!
Baca juga: Pelajar tingkatan satu berani keluar rumah waktu malam, jadi mangsa rogol bergilir rakan sendiri