Sehari dua ini tular satu video sekumpulan gajah sedang menaiki bukit di kawasan Kuala Betis-Lojing telah menimbulkan kegusaran ramai kerana naluri dan deria binatang 7 kali ganda berbanding manusia.
Ramai yang beranggapan fenomena gajah naik bukit bukan perkara biasa kerana menurut orang tua-tua dahulu apabila gajah naik ke kawasan lebih tinggi sesuatu akan terjadi.
“Bersiaplah kita,” tulis seorang pengguna facebook Saudagar Mimpi.
Ini berdasarkan pengalaman deria dan naluri binatang lebih 7 kali ganda daripada deria manusia contoh pada tahun 2004 seminggu sebelum tsunami di Acheh banyak haiwan lari naik gunung.
“Fikir-fikirlah…mereka tak naik kawasan tinggi sesuka hati kerana mereka lebih suka di kawasan landai.
“So ade mesej yang nak disampaikan oleh mereka iaitu kalau gajah dah naik atas bukit tu dia nak bagitahu hidup kita kadang diatas kadang dibawah.
“wallahu a’lam bishawab”. hanya Allah yang mengetahui kebenarannya
“Apapun Tepuk dada tanya iman doa yang baik-baik agar kita semua dalam naungan Allah swt.. Aamiin,” katanya.
“Jaga jaga kelantan. gajah dah naik atas bukit tu adalah tu maknanya. Aritu kaji cuaca dah bagi amaran akan berlaku banjir lagi .. masa banjir kat Acheh, banyak binatang dah lari tempat tinggi dulu, alih alih, banjir besar datang.
“Sebab binatang ni boleh tahu dulu .. dah boleh lah kemas kemas barang penting nak packing bawa bila dah banjir kang,dokumen, makanan tahan lama, minuman , lampu suluh, lighter/mancis/pistol tembak api tu ke, plastik, baju sejuk, kompas, ada bajet lebih sikit, beli kemah yang mampu milik punya dulu. Kita pesan sebab sayang,” kongsi Bunga Querida.
Masyarakat Orang Asli juga mempercayai kejadian gajah mendaki bukit di kawasan Simpang Kuala Betis-Lojing di sini beberapa hari lalu memberi petanda awal bencana alam akan berlaku.
Mengikut kepercayaan masyarakat Orang Asli zaman dahulu, mereka menjadikan haiwan sebagai rujukan dalam menjalani kehidupan seharian.
Selain habitat diganggu atau keluar mencari makanan, kami tidak menolak kemungkinan kumpulan gajah itu seolah-olah mahu memberi petunjuk bahawa akan berlaku musibah atau bencana alam selepas ini.
Oleh itu, masyarakat Orang Asli menjadikan kejadian itu sebagai petanda untuk kami membuat persiapan untuk berdepan musim tengkujuh tidak lama lagi.
Baca juga: MetMalaysia pertegas tak sesuai PRU15, lebih 2,000 sekolah dan fasiliti awam digazet jadi PPS banjir
Baca juga: Banyak sangat kes culik, sampai mak ambil anak pun dikatakan penculik