Mengapa J-KOM dapat peruntukan lebih banyak dari Institut Sukan Negara?

Oleh ARIF ATAN

Kerajaan mengumumkan peruntukan sejumlah RM18.7 juta kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dalam Bajet 2023.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong memberitahu Institut Sukan Negara (ISN) menerima peruntukan hanya RM17 juta.

Steven Sim

Depa (ISN) buat kajian tingkat prestasi atlet, biomekanik, diet, fisiologi, psikologi, siap ada hospital sukan.

“Semua kajian atau perkhidmatan ini boleh manfaat orang awam bukan atlet,” ciap bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu di Twitter.

Untuk rekod, J-KOM merupakan penjenamaan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) pada 2020.

Baca juga Apa ada dalam poket rakyat yang terjejas teruk? – Pakar anggap hal ini hilang dari radar TikTok Menteri Kewangan, ucaptama Gabenor

Baca juga Akibat sindir menteri – Penjual mi ditahan, rumah digeledah