Penumpang yang takut melambung ketika berada dalam pesawat kerana “turbulence” disyorkan elak daripada menaiki ‘flight’ pada lewat petang.
Sekarang musim tengkujuh di mana setiap petang hingga malam hujan turun siap guruh dan petir sekali, jadi ianya akan mempengaruhi perjalanan penumpang kapal terbang terutama mereka yang gerun berada di awan.
Seorang pilot boeing 757 dan 767 melalui Facebooknya Mohd Ezairol Rezan Zainol berkongsi tips kepada mana-mana penumpang yang takut melambung ketika berada dalam pesawat.
Bercakap berdasarkan pengalaman beliau mendedahkan penerbangan dari Kota Bharu dan Terengganu selalunya perlu melalui kawasan Banjaran Titiwangsa yang bergunung-ganang.
“Memang disitulah selalunya kawasan awan tebal berkumpul dan hujan lebat berlaku pada lewat petang.
“Di Sabah pun begitu juga. Banjaran Croker Range adalah kawasan yang mencabar untuk dilalui pada lewat petang terutamanya flight dari Kota Kinabalu ke Tawau dan Sandakan.
“Buat semua “friends & follower” Aku yang dikasihi, hari ini Aku kongsikan petua dan tips yang sangat penting buat sahabat semua.
“Kalau takut melambung dalam pesawat akibat “turbulence”, cubalah elakkan menaiki “flight” yang berlepas pada lewat petang.
“Sebab masa itulah selalunya awan menjadi sangat tebal dan besar serta disusuli dengan hujan yang lebat.
“Tempoh berlakunya hujan dan cuaca buruk selalunya antara 3:30 petang hingga 6:30 petang disebelah semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak pula lebih awal sejam iaitu antara jam 2:30 hingga 5:30 petang.
“Begitulah kebiasaanya cuaca di negara kita ni. Tapi ini tak bermaksud yang cuaca buruk tidak berlaku pada waktu pagi dan malam…
“Ianya boleh berlaku juga terutama pada musim tengkujuh ni. Jangan pula salah sangka ye…
“Kalau ada masa sebelum naik flight tu, rajin-rajinlah tengok kat App “Rain Alarm” ni ye.
“Kalau flight dari Johor nak ke KLIA dan Subang, kita dah boleh expect keadaan akan bergelora dan mungkin juga akan ada “strong turbulence” dalam pesawat nanti,” kata beliau.