Semalam baca laporan Awani, KM sabah Hajiji Mohd Noor mengatakan mereka tidak akan membubarkan Dun, begitu juga Bung Mokhtar yang kononnya mahu gandingan mereka kekal bersama Bersatu dalam GRS. Apakah Umno benar benar mahu memperkuatkan GRS ? Tidak..
Umno tahu apa akan jadi kalau mereka tarik sokongan dari GRS..Jika Umno tarik sokongan yang akan dapat manfaat adalah kepada Warisan, masa PRN Sabah, Biarpun Bersatu dan Umno bergabung..Warisan+PH kukuh di Sabah dan masih mempunyai 32 kerusi dan gabungan Bersatu dan Umno dalam GRS ada 38.. maksudnya Warisan biarpun jadi pembangkang..ia menguasai dengan baik dewan Dun.
Sebab apa warisan kuat di Sabah? Sebab masa PRN sabah parti-parti PH seperti DAP dan AMANAH tak perasan kuat. Mereka guna strategi politik yang betul. Biarpun DAP mampu menang dengan logo sendiri di Sabah PH meraikan kekuatan Warisan di sana, DAP dan AMANAH menggunakan logo Warisan demi kesatuan pembangkang kecuali PKR sama seperti PKR di Johor masih kekal guna logo sendiri.
Warisan terima UPKO biarpun UPKO gagal dapatkan sokongan pengundi Pribumi/Bumiputera. Itulah Politik tidak merasa dan perasan kuat, \meraikan kelemahan dan kekuatan kawan dalam gabungan.
Bagaimana strategi gagal PH di Johor dan Melaka? Sama ada Bersatu, atau PH. Siapa pun tak bawa manfaat sebab selepas PRN, Umno menguasai 2/3 dari DUN Johor dan Melaka. Itu yang mahu dilakukan Umno di Persekutuan. PH dari menguasai 40 kerusi masa PRU14, hanya tinggal 12 Kerusi selepas PRN Johor, hilang 75% kerusi. Umno pulak dari 16 Dun jadi 49 Kerusi. Itupun yang tinggal kerusi DAP, PKR dan AMANAH masing-masing satu. Sebab apa PH kalah teruk. Sama jer. Bila pembangkang masa tu masing-masing perasan kuat.
Dan Umno akan lakukan sekali lagi move yang sama dalam PRU15 bila bubar Parlimen. Jika pembangkang, PH kekalkan sikap yang sama seperti PRN Johor dan Melaka. Apa yang berlaku di Johor dan melaka akan berulang. Bukan sebab Umno disokong majoriti rakyat tetapi gabungan PH pembangkang saling bertindih antara satu sama lain dan masing-masing perasan kuat. Ini peluang PH bertindak lebih strategik bukan masih dalam fantasi membina kerajaan di Putrajaya dan biacara sapa layak jadi PM.
Di Sabah, Warisan kekal jadi King Maker biarpun tak dapat bentuk kerajaan, salah satu gabungan parti tarik diri, Warisan akan dapat manfaat, Umno tahu tu. Tapi di Johor dan Melaka Umno terbelah dua pun, Bukan lagi jadi King Maker, tapi King Cup Sardine. Bayangkan kalau Bersatu pula buat gabungan dengan Warisan sebab kita bermusuh. Apa yang tinggal bagi PH. Bagaimana nak tubuh Kerajaan di Putrajaya.
Kalau nak tahu, itulah kebijaksanan Umno dalam berpolitik mereka selalu melakukan sesuatu tindakan politik tepat pada masanya. Biarpun Zahid telah buat kesilapan pembubaran kali ini dalam keadaan gopoh, biarpun mereka yang mempunyai kerusi paling sedikit dalam parlimen, beberapa move yang dilakukan telah berjaya menjatuhkan Mahiaddin nak memerangkap PH.
Kenapa depa tak lakukan move di Sabah ?
Jika BN dan Bersatu berpecah, kemungkinan Warisan akan menguasai parlimen Sabah. Jika DUN dibubar, Warisan akan dapat jadi kerajaan semula. Mereka tahu, biarpun Umno dan Bersatu mereka saling bermusuh, tapi mereka lagi kenal musuh utama depa adalah PH. Masalah kita dalam PH, musuh utama pun tak reti beza, habis kawan depa habis tibai hatta ada yang dalam PH masing-masing perasan kuat.
Baca juga: Jangan boikot undi! Undi kita, hak kita – Fahmi Fadzil