Hari buang undi bukan musim cuti sekolah – Menteri harap SPR pilih Sabtu

Oleh ARIF ATAN

Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Radzi Jidin berharap hari buang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ditetapkan pada Sabtu.

Menurut pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkenaan, hari mengundi bagi PRU-15 dijangka akan berlangsung bukan pada musim cuti persekolahan.

Oleh itu, jelasnya, cadangan membuang undi pada Sabtu itu penting bagi mengelak operasi sekolah terjejas ekoran banyak bilik darjah dan ruangan akan diguna sebagai saluran tempat mengundi.

“Biasanya, secara umum pilihan raya dibuat pada cuti hari minggu. Kita berharap begitulah untuk kali ini supaya tidak menjejaskan operasi sekolah.

“Buat Sabtu itu bagi memudahkan. Kalau Ahad lain pula, ada negeri bersekolah hari itu,” dipetik Berita Harian Online.

Kelmarin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan memberitahu bahawa akan bermesyuarat pada 20 Oktober ini bagi menentukan tarikh penting bagi PRU15, termasuk hari penamaan calon, pengundian awal serta hari mengundi.

Baca juga Hampir separuh dewasa Putrajaya gemuk – Kerap berjalan, berlari di tiga dari 11 taman indah ini elak digelar ‘obes-city’

Baca juga Beri laluan kepada PRU15, Jamal kecewa konsert ditunda