Peserta perlumbaan drag dari Perak maut di Litar Permotoran Gong Badak

Oleh NASUHA RAHMAN

Peserta perlumbaan drag dari Perak maut akibat hilang kawalan di kejohanan Drag di Terengganu tengah hari tadi.

Beliau yang dikenali Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin maut sewaktu menyertai perlumbaan drag Battle of The Kings di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak hari ini.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta lumba yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas merempuh pokok di tepi litar.

Penganjur telah menangguhkan perlumbaan berkenaan berikutan kemalangan maut berkenaan, lapor Kosmo Online.

Peserta perlumbaan drag dari Perak maut di Litar Permotoran Gong Badak

Baca juga: Pengundi 18 jangan tersalah pilih, tolak Umno BN dari terus berkuasa lagi