Ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya lelaki yang mengaku cicit Nabi Muhammad SAW, bagaimanapun hasil siasatan yang dilakukan terhadap Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani, pernah membuat 6 kesalahan termasuk aktiviti penipuan duit.
Seorang pengguna Twitter @eryazmi telah berkongsi hasil siasatan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tentang individu yang mengaku cicit Nabi Muhammad S.A.W.
Pihak Jakim mendapati wujud keraguan terhadap latar belakang yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi
Dalam semakan itu, pihak penyelidikan Jakim telah mengkaji latar berlakang persatuan yang dimaksudkan iaitu;
Sayyid Moulay Muhmammad Amine berasal dari Algeria dan mendapat kewarganegaraan Maghribi (Morocco) dan dikatakan juga mendapat kewarganegaraan Perancis.
Dikatakan kini menetap di Fes Maghribi (Morocco) mendakwa sebagai keturunan Ahli Bait
Latar belakang pengajian tidak dapat dikenalpasti dikatakan sering menghadiri majlis ilmu, zikir dan selawat masyayikh serta majlis-majlis ulama di sekitar negara Maghribi.
Beliau juga kerap hadir jemputan dalam majlis-majlis para Habaib di Indonesia
Dikatakan pihak yang ingin membawa penama tersebut ke Malaysia ialah pihak Nur Al Mustafa Malaysia (dipengaruhi Ustaz Hasnul Hakim Hj Mohd Zain)
Maklumat mendapati penama warga Maghribi tersebut dikatakan dan dikaitkan dengan beberapa isu dan kontroversi di Maghribi namun maklumat awal tersebut tidak dapat disahkan berikutan maklumat amat terhad kerana bukan warganegara Malaysia dan bukan bergerak di Malaysia
Isu-isu yang dikatakan berkaitan dengan beliau adalah;
1.Mendakwa keturunan ahli bait yang nasab berubah-ubah gelaran iaitu al-Idrisi, al-Quazzani, Al-Alami
2.Penipuan berkaitan duit di Maghribi
3.Penipuan lain terhadap Zawiyah Sidi Kasem ben Rahmoun, Fes Maghribi
4.Permasalah dengan pihak Moulay Zouber Kettani
5.Dikatakan pihak kementerian Waqaf menasihatkan kepada para Sheikh di Jami’al Qurrawiyyun supaya berhati-hati dengan penama tersebut
6.Para pelajar Asia Tenggara di Fes turut dinasihatkan supaya menjauhi penama tersebut.