Hari-hari kereta bau busuk, sekali selak alas kaki penuh ulat, inilah sebab lepas makan kena buang terus

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pekerja kedai cuci kereta menunjukkan keadaan sebuah kenderaan yang dipenuhi ulat di bahagian bawah alas kaki sehingga menarik perhatian ramai untuk mengetahui punca ulat sampah itu membiak di dalam kereta.

Seperti yang dikongsikan pemilik akaun Azwan Carwash di TikTok, dia berkata pelanggannya mengadu kenderaan berbau busuk dan hanyir namun tidak dapat dikenalpasti punca kepada bau tidak menyenangkan itu.

Bagaimanapun persoalan itu terjawab selepas dia menjumpai beberapa ulat sampah di bawah tempat duduk kereta sebelum terus mencabut ‘seat’ dan alas kaki.

Pelanggannya juga memberitahu rupa-rupanya beberapa hari sebelum itu beberapa biji telur dikatakan pecah di dalam kereta namun bahagian atas kerusi sahaja yang dibersihkan tanpa menyedari lendiran telur berkenaan sudah melekat hingga ke bawah kerusi.

“Pemilik kata dia hidu bau busuk daripada keretanya sejak tiga hari lalu hingga memaksanya menghantar ke kedai.

“Buka ‘seat’ saja, terus termpak dua ke tiga ekor ulat. Selak alas kaki nampak segerombolan ulat seperti sedang membiak.

“Kereta berbau busuk, hanyir dan menurut pemilik kereta, telur ayam pecah jadi punca,” katanya.

Susulan itu, rata-rata pengguna TikTok memberikan ekspresi mual dan loya dengan keadaan kenderaan berkenaan yang dipenuhi ulat.

Selain itu, ada juga yang mengaitkan kejadian ini dengan sikap sesetengah pemandu yang suka membiarkan sisa makanan di dalam kereta. Mereka be

rkata, inilah sebabnya segala sisa makanan juga perlu dibuang terus selepas makan untuk mengelakkan pembiakan ulat sampah di dalam kereta lebih-lebih lagi di ruangan tidak dijangka seperti ini.

Baca juga: Pasangan suami isteri didakwa ejen Mossad bukan anggota PKR – Fahmi

Baca juga: Ada keluarga sakit? Perlukan kerusi roda? – Rina tanya orang Sepang menjelang PRU-15