Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membincangkan kerjasama politik dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, sekiranya beliau yang perlu memulakan langkah pertama untuk mbertemu dengan Presiden PKR itu, beliau akan lakukan.
Ini kerana matlamatnya hanya satu untuk mengalahkan kejahatan yang sangat merosakkan negara
Beliau juga menyedari bahawa sifir politik amat jelas bahawa jika pihak pembangkang tidak bersatu dan bertanding di atas pentas yang sama, Najib dan konco-konconya akan terus berkuasa.
“Maka pilihan yang perlu saya buat juga amat mudah iaitu untuk mengalahkan kejahatan yang sangat merosakkan negara. Saya perlu bekerjasama dengan bekas musuh-musuh saya yang juga bersetuju perlu menyekat kejahatan tersebut.
“Kerana itu saya bersedia bertemu dengan Anwar kerana saya percaya dia juga berfikir semacam dengan saya. Jika saya yang perlu memulakan langkah, saya akan lakukan.
“Orang nak kata saya tak tahu malu atau jilat ludah semula tidak memberi kesan kepada saya.
“Yang penting matlamat kita untuk menyekat kemaraan orang yang merosakkan negara tercapai. Kejatuhan Najib menunjuk kita telah lakukan sesuatu yang menjayakan kita,” katanya dalam satu video pendek yang dimuatnaik di Twitter.
Beliau juga berkata, satu ketika dahulu saat dia bertemu dengan Anwar di mahkamah, perkara utama yang ada di dalam fikirannya ialah bagaimana cara untuk menyekat Najib Razak dan kerajaan Umno-BN dari terus berkuasa.
“Telah beberapa kali saya terbaca bahawa saya ini akan terhegeh-hegeh bertemu musuh apabila membuat percaturan politik. Contoh yang kerap diguna ialah bagaimana saya sanggup pergi berjumpa Anwar sampai ke mahkamah sebelum pilihan raya 2018 untuk mendapat sokongan darinya.
“Ini benar. Bagi saya perasaan peribadi, bersikap sombong, ego, kepentingan diri tidak ada tempat dengan sesuatu perjuangan terutamanya apabila terkait agama, bangsa dan tanah air,” katanya lagi.
Baca juga: ‘Ini tugas kami sebagai orang dewasa’, PU Rahmat tawar peguam pro bono untuk si kakak tertikam adik
Baca juga: ahniah Abang Viva dan isteri, netizen kata lepas ni naik bot berdua lah