Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas balik sindiran Datuk Seri Faizal Azumu yang mendakwa beliau tidak dapat membezakan ‘ayak’ dengan ‘ayor’ dengan berkata beliau tinggal tujuh tahun di Kuala Kangsar, Perak.
“Ini je level menteri PN?
“Saya nak bagi tau dia, saya belajar di Malay College Kuala Kangsar tujuh tahun. Tu negeri Perak lah,” kata Anwar dalam ceramahnya.
Timbalan Presiden Bersatu yang lebih dikenali sebagai Peja itu menyindir Anwar dalam satu hantaran video mengalu-alukan kehadiran Anwar yang mahu bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Bagi mereka yang hendak berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain dan nak datang ke Tambun, saya nak bagitau sikit, …di Tambun kita sebut ayor bukan ayak ya. Terima kasih, selamat datang,” katanya.
Peja adalah bekas Ahli Parlimen Tambun yang menang atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum lalu.
Anwar telah mengumumkan akan bertanding di Parlimen Tambung dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Anwar mengumumkan keputusan itu dalam Konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh 20 Oktober lepas selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh-tarikh penting dalam pilihan raya umum ke 15 ini.
Keputusan Anwar bertanding di Tambun menjadi kejutan kerana kerusi itu agak sukar.
“Namun, kalau Anwar mahu menjadi perdana menteri kali ini, dia perlu menang Tambun.
“Kalau dia tidak boleh menang di Tambun, jangan harap PH boleh menang dalam PRU kali ini,” kata penganalisis politik.